Kapal Selam Nuklear Generasi Terbaru China “Karam”, Insiden Dianggap “Memalukan”
China memiliki armada tentera laut terbesar di dunia, dengan pemilikan lebih 370 buah kapal perang dan sedang giat membina generasi baru kapal selam bersenjata peluru berpandu ballistik nuklear.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebuah kapal selam berkuasa nuklear terbaru China dipercayai karam dalam satu insiden ketika kerja-kerja pembinaannya pada tahun ini, dakwa seorang pegawai pertahanan Amerika Syarikat yang menyatakan ia merupakan suatu tamparan yang “memalukan” buat Beijing ketika ia berusaha memperkuatkan lagi keupayaan tenteranya.
China memiliki armada tentera laut terbesar di dunia, dengan pemilikan lebih 370 buah kapal perang dan sedang giat membina generasi baru kapal selam bersenjata peluru berpandu ballistik nuklear.
Seorang pegawai kanan pertahanan AS, yang enggan namanya disiarkan berkata bahawa kapal selam bersenjata nuklear generasi terbaru China itu mengalami kemalangan dan tenggelam di sebelah jeti antara bulan Mei dan Jun lalu.
Seorang jurucakap kedutaan China di Washington menyatakan mereka tidak mempunyai sebarang maklumat untuk diberikan.
“Kami tidak biasa dengan situasi yang anda sebutkan dan buat masa ini tidak mempunyai maklumat untuk diberikan,” kata pegawai tersebut.

Comments are closed.