Kapal Perang Kelas-Horizon Tentera Laut Perancis, Itali
Kapal-kapal perang kelas-Horizon yang kini berkhidmat dengan Tentera Laut Perancis kini dikenali sebagai “Forbin” dan “Chevalier Paul" manakala kapal-kapal kelas-Horizon Tentera Laut Itali pula dikenali sebagai “Andrea Doria” dan “Caio Duilio”

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Projek “Horizon” bermula pada tahun 1992 sebagai kerjasama di antara tiga negara Eropah iaitu Britain, Perancis dan Itali, sebelum Britain keluar daripada kerjasama itu beberapa tahun selepas itu.
Projek itu bermatlamat untuk menghasilkan kapal perang yang dapat digunakan oleh ketiga-tiga negara berdasarkan kepada hanya satu rekabentuk.
Bagaimanapun, perselisihan pendapat tentang beberapa aspek projek itu menyaksikan Britain keluar daripada Projek Horizon itu,meninggalkan hanya Perancis dan Itali untuk meneruskan kerjasama untuk membangunkan kapal perang di bawah projek terbabit.
Britain kemudiannya membangunkan kapal destroyer Type 45 kelas-Daring.
Pada tahun 2000, kedua-dua negara menandatangani perjanjian untuk membina empat buah kapal perang pertahanan udara dinamakan kapal perang kelas-Horizon untuk Perancis dan Itali.
Tentera Laut Perancis memperolehi dua buah kapal destroyer kelas-Horizon manakala Tentera Laut Itali pula memperolehi dua buah kapal perang destroyer kelas-Horizon untuk kesemua kapal yang dibina adalah empat buah.
Kapal-kapal destroyer kelas-Horizon yang kini berkhidmat dengan Tentera Laut Perancis kini dikenali sebagai “Forbin” dan “Chevalier Paul”, yang masing-masing mula dibina pada 2003 dan 2004 dan dilancarkan pada 2005 serta 2006.
Kedua-dua kapal perang itu ditauliahkan kepada ke dalam perkhidmatan Tentera Laut Perancis pada 2007 dan 2009.
Sementara itu kapal-kapal destroyer kelas-Horizon yang kini berkhidmat dengan Tentera Laut Itali dikenali sebagai “Andrea Doria” dan “Caio Duilio” yang mula dibina pada 2002 dan 2003 dan dilancarkan pada 2005 dan 2007.
Kedua-dua kapal perang Itali itu telah ditauliahkan pada ke dalam perkhidmatan pada 2007 dan 2009.
Comments are closed.