Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kapal Kargo Iran “Diserang” Ketika Belayar Di Perairan Syria?

Terdapat dakwaan serangan adalah tindakan "balas dendam" pihak Israel terhadap letupan di kapal "Helios Ray" milik billionair Israel ketika belayar di Teluk Oman beberapa minggu lepas.

0 2,018

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada ketika ini terdapat laporan yang belum disahkan bahawa sebuah kapal kargo Iran dikenali dengan nama “Shahr e Kord” telah diserang oleh pihak tidak dikenali ketika berada di dalam pesisir pantai Baniyas, Syria.

Ketika kejadian, kapal terbabit yang dibina pada 2012 sedang pelayaran daripda Rajaei Iran ke Latakia di Syria.

Shahr e Kord
Kerosakan yang dialami oleh kapal kargo Iran, “Shahr e Kord”.

 

Untuk pengetahuan ramai, kapal kargo “Shahr e Kord” ini telah dikenakan sekatan oleh Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (Treasury Department) kerana memberikan khidmat kepada Kementerian Pertahanan Iran dan angkatan tentera negara itu.

Kapal kargo itu dimiliki oleh Islamic Republic of Iran Shipping Lines. Terdapat spekulasi bahawa kapal kargo itu berkemungkinan sedang memindahkan “peluru berpandu ballistic atau senjata” yang dibekalkan oleh angkatan tentera Iran kepada Syria atau kumpulan-kumpulan bersenjata yang disokong oleh Kor Pengawal Revolusi Iran ketika ia diserang di perairan Syria itu.

Helios Ray
Kapal kargo milik Israel, “Helios Ray” rosak selepas terkena letupan di Teluk Oman.

 

Terdapat juga dakwaan bahawa serangan terhadap kapal kargo Iran dilakukan oleh pihak Israel bagi membalas dendam terhadap apa yang berlaku di Teluk Oman beberapa minggu lepas.

Dalam kejadian di Teluk Oman itu, kapal kargo “Helios Ray” yang dimiliki oleh billionair Israel, Rami Ungar mengalami kerosakan yang berpunca daripada letupan.

Pihak Israel menuduh bahawa tentera Iran bertanggungjawab terhadap kejadian itu.

Tentera Israel percaya bot laju Pengawal Revolusi Iran telah melancarkan serangan peluru berpandu yang mengenai kapal kargo, menyebabkan kerosakan pada bahagian kapal itu sehingga memaksanya melencong ke limbungan kapal di Dubai untuk diperbaiki.

Ketika kejadian kapal “Helios Ray” itu sedang dalam pelayaran ke Singapura.

Pemilik kapal kargo membawa kenderaan, Rami Ungar dikenali sebagai seorang yang amat rapat dengan ketua agensi perisikan negara itu, Mossad iaitu Yossi Cohen.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...