Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kapal Perang British, Amerika Syarikat, Jepun “Berkampung” Di Laut Filipina

Latihan yang berlangsung di Laut Filipina itu menyaksikan kapal pengangkut pesawat British, HMS Queen Elizabeth yang sedang pelayaran ke Indo-Pasifik beroperasi bersama-sama kapal Amphibious Assault Ship “USS America”.

5,669

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kapal-kapal perang British, Amerika Syarikat dan Jepun berkumpul di Laut Filipina bagi menjalani latihan bersama dipanggil “Eksesais Noble Union” untuk meningkatkan aspek interoperabiliti antara sesama mereka, selain sebagai amaran kepada China supaya tidak bertindak agresif di Indo-Pasifik.

Latihan yang berlangsung di Laut Filipina itu menyaksikan kapal pengangkut pesawat British, HMS Queen Elizabeth yang sedang pelayaran ke Indo-Pasifik beroperasi bersama-sama kapal Amphibious Assault Ship “USS America”.

Selain USS America yang membawa anggota marin daripada 31st MEU (Marine Expeditionary Unit), latihan turut melibatkan kapal Amphibious Transport Dock “USS New Orleans” dan dua buah kapal perang Jepun, JS Ise serta JS Asahi.

Turut sama adalah kapal-kapal perang daripada Carrier Strike Group 2021 (CSG21) termasuk HNMLS Evertsen, USS The Sullivans, HMS Defender dan HMS Kent.

Menurut kenyataan pihak tentera laut Amerika Syarikat, Eksesais Noble Union adalah sebahagian daripada siri latihan Noble yang dijalani oleh 31st MEU untuk menguji konsep Family of Naval dan untuk membangunkan teknik serta prosedur bagi kerahan aset-aset MEU.

USS America

 

USS America

Dalam latihan ini, kapal destroyer British “HMS Defender” telah melaksanakan Replenishment At Sea (RAS) dengan USS America.

Ini adalah kali pertama dalam sejarah di mana sebuah kapal amfibia Amerika Syarikat melakukan RAS dengan kapal perang British dan hanya kali ketiga dalam sejarah di mana kapal perang Amerika mengisi minyak sebuah kapal perang negara sekutunya.

HMS Defender
Kapal HMS Defender melakukan Replenishment At Sea (RAS) dengan kapal USS America.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments are closed.