Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Amerika Syarikat Lancar Latihan Terbesar Dalam Tempoh 40 Tahun Di Indo-Pasifik

Latihan yang bermula pada Isnin dan berakhir pada 27 Ogos nanti meliputi laut, udara dan darat itu diadakan ketika ketegangan semakin memuncak di antaranya dengan China.

0 2,109

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pemerintahan Amerika Syarikat-Indo Pacific (U.S Indo-Pacific Command) telah melancarkan latihan tentera terbesar dalam tempoh empat dekad di rantau Indo-Pasifik yang turut disertai oleh Jepun, Australia dan Britain dinamakan “Large Scale Global Exercise 21 (LSGE21)”.

Latihan yang bermula pada Isnin dan berakhir pada 27 Ogos nanti meliputi laut, udara dan darat itu diadakan ketika ketegangan semakin memuncak di antaranya dengan China.

LSGE21 itu berlangsung ketika China turut mengadakan latihan laut di beberapa lokasi Laut China Selatan bermula 6 Ogos ini sehingga 10 Ogos sebagaimana yang diumumkan oleh Maritime Safety Administration.

Menurut Tentera Laut Amerika Syarikat, latihan terbabit membuktikan kepada musuhnya bahawa pihak tentera negara itu bersedia untuk apa sahaja disebabkan komitmennya terhadap pihak antarabangsa.

“Large Scale Global Exercise 21 akan melibatkan pasukan-pasukan tentera daripada Tentera Darat Amerika Syarikat, Tentera Laut dan Tentera Udara serta Kor Marin, bersama –sama Tentera British, Australia dan Jepun.”

Harpoon
Gambar kredit Tentera Laut Amerika Syarikat

 

Sekurang-kurangnya 36 kapal laut daripada kapal pengangkut pesawat dan kapal selam akan terlibat dalam latihan itu.

Penganalisis berkata, latihan besar-besaran itu akan untuk menunjukkan sokongan kepada sekutu Amerika Syarikat di rantau Indo-Pasifik selain menunjukkan kekuatan yang dimiliki olehnya kepada pihak China.

Semalam pihak Kementerian Pertahanan India turut mengumumkan bahawa ia akan menghantar empat buah kapal perang untuk operasi semalam dua buah di Indo-Pasifik.

“Large Scale Global Exercise 21 telah memberikan petanda yang jelas tentang kesediaan dan kapasiti pihak Amerika Syarikat, selain komitmen pihak Amerika Syarikat terhadap sekutu dan rakan-rakannya untuk mempromosi keselamatan dan kestabilan serantau,”menurut Prof Brad Glosserman di sebuah university di Jepun.

USS Ohio
Kapal selam berkuasa nuklear kelas-Ohio Tentera Laut Amerika Syarikat.

 

Menurutnya, ia bukan sahaja signal kepada China tetapi juga kepada musuh-musuh Amerika di rantau.

Bagaimanapun, penganalisis ketenteraan China yang berpengkalan di Beijing, Zhou Chenming pula berkata, Amerika Syarikat telah banyak kali mengadakan latihan di Indo-Pasifik sebelum ini dan latihan terbaru ini tidak akan meningkatkan ketegangannya dengan Beijing.

“Kehadiran tentera Amerika Syarikat di Asia Pasifik tidak mencukupi dan Amerika Syarikat memerlukan latihan-latihan sebegini untuk menunjukkan kemampuannya.”

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...