Tepat Ke Sasaran! Tembakan KD Lekiu Pada Ex Kakadu 2022
KD LEKIU yang diletakkan sebagai Ketua Unit Tugas bersama USS CHARLESTON (Amerika Syarikat) dan HTMS BHUMIBOL ADULYADEJ (Thailand) membuktikan kemampuan warga kapal mengoperasikan meriam 30MM dan meriam 57MM dengan baik.
(DEFENCE SECURITY ASIA) — Tepat ke sasaran!
Gunnery Exercise (GUNEX) yang dilaksanakan sebagai salah satu siri latihan dalam #ExKakadu 2022 bertujuan menguji kecekapan setiap kapal yang terlibat.
Kapal friget Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD LEKIU yang diletakkan sebagai Ketua Unit Tugas bersama USS CHARLESTON (Amerika Syarikat) dan HTMS BHUMIBOL ADULYADEJ (Thailand) membuktikan kemampuan warga kapal mengoperasikan meriam 30MM dan meriam 57MM dengan baik.
Tembakan KD LEKIU mengenai tepat ke sasaran pada jarak 4 batu nautika.
KD LEKIU turut melaksanakan siri latihan lain seperti pertahanan anti-udara dan anti-permukaan yang menguji kemampuan aset TLDM itu.
Beberapa hari sebelum ini, KD Lekiu telah berjaya melaksanakan Refuelling at Sea (RAS) atau mengisi minyak di lautan bersama kapal HMAS Stalwart di Laut Timor sebelum memasuki perairan Darwin, Australia.
Eks KAKADU 2022 merupakan eksesais multilateral yang melibatkan 34 angkatan laut dari pelbagai negara dengan pembabitan aset yang besar di Darwin, Australia.
Ianya merupakan eksesais yang telah mencapai 30 tahun yang dianjurkan oleh Tentera Laut Diraja Australia.
Penglibatan KD Lekiu bagi mewakili Malaysia dalam eksesais ini menyediakan peluang bersama dengan semua negara sahabat untuk melaksanakan aktiviti maritim secara multinasional meliputi operasi dan peperangan tahap tinggi.
Eksesais ini akan bermula 12 hingga 26 Sep 22 yang merangkumi fasa pelabuhan, fasa laut dan penutup.
Warga KD LEKIU kini kekal bersemangat dan bersedia untuk menyertai Eks KAKADU 2022.
KD Lekiu sedang melaksanakan misi pelayaran Regional Partnership Exercise 2022 selama 86 hari serta terlibat dalam empat siri eksesais,
Empat eksesais yang ia terlibat itu meliputi satu eksesais multilateral, dua eksesais bilateral dan satu eksesais TLDM berskala besar bermula daripada 23 Ogos sehingga 17 November 2022.
KD Lekiu baru sahaja menyertai Eks MALINDO JAYA 26/22, Eks KAKADU 2022, Eks KERISMAS 2022 dan Eks MALAPURA 30/22.
JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE
“Penglibatan KD Lekiu dalam empat siri eksesais secara berterusan semasa pelayaran Regional Partnership Exercise 2022 ini membuktikan ketersediaan dan kebolehoperasian aset pertahanan maritim negara serta profesionalisme warga di tahap yang tertinggi selain komitmen TLDM ke arah memperkasakan diplomasi pertahanan di peringkat antarabangsa seiring angkatan laut di peringkat global melalui kerjasama serantau,” menurut kenyataan TLDM itu. – DSA
Maklumat dan Gambar Ehsan TLDM
Comments are closed.