Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

“Black Eagles” ROKAF Sudah Tiba Di Langkawi. Meraikan Kemenangan?

Kehadiran pasukan aerobatik ROKAF, “Black Eagles” pada LIMA ’23 itu disifatkan seperti “meraikan” kejayaan FA-50 Block 20 memenangi persaingan untuk membekalkan pesawat pejuang ringan di Malaysia, menewaskan beberapa pesaing terdekatnya termasuk Tejas yang dibangunkan oleh Hindustan Aeronautics Ltd (HAL) dan Hurjet daripada Turkish Aerospace Ltd (TAI).

0 5,778

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Pasukan aerobatik  terkenal “Black Eagles” Tentera Udara Korea Selatan (ROKAF) yang berpangkalan di Wongju, Gangwon Province telah tiba di Langkawi untuk membuat penampilan kedua mereka di Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA ’23) bermula 23 hingga 27 Mei depan.

Menurut kenyataan media sosial pasukan aerobatik itu, mereka berlepas daripada Pangkalan Udara Clark di Filipina dan melintasi Labuan serta Kuantan sebelum tiba di Pulau Langkawi semalam.

“Tolong berikan tepukan yang meriah kepada pasukan aerobatic Black Eagles pada kerahan pantas selama dua hari dan selama ke Langkawi! Dengan LIMA 2023 hanya beberapa hari lagi. Pasukan kami bersedia untuk memberikan pertunjukkan udara terbaik.”

Black Eagles

“Terima kasih kepada minat dan sokongan anda semua. Kami tidak sabra untuk menemui anda semua di LIMA. Black Eagles. Kerjasama!.”

Kali terakhir pasukan aerobatik “Black Eagles” ROKAF itu menyertai LIMA adalah pada 2017 menerusi penyertaan lapan buah pesawat latihan T-50B Golden Eagle yang dibangunkan oleh syarikat Korea Aerospace Industries (KAI).

Pesawat latihan T-50 merupakan asas kepada pesawat pejuang FA-50 Block 20 yang menjadi pilihan kepada Kementerian Pertahanan dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi pesawat pejuang ringan dan Fighter Lead-In Trainer (FLIT).

Kehadiran pasukan aerobatik ROKAF, “Black Eagles” pada LIMA ’23 itu disifatkan seperti “meraikan” kejayaannya memenangi persaingan untuk membekalkan pesawat pejuang ringan di Malaysia, menewaskan beberapa pesaing terdekatnya termasuk Tejas yang dibangunkan oleh Hindustan Aeronautics Ltd (HAL) dan Hurjet daripada Turkish Aerospace Ltd (TAI).

Pada Februari, Kementerian Pertahanan telah menandatangani Surat Niat untuk memperolehi 18 buah pesawat pejuang ringan FA-50 Block 20 yang merupakan varian terkini dan paling berkemampuan pesawat itu untuk TUDM.

Black Eagles

Malaysia dijangka membelanjakan lebih daripada RM4 bilion untuk memperolehi pesawat pejuang ringan itu bagi menggantikan beberapa pesawat pejuangnya yang telah berusia seperti Hawk 100 dan Hawk 200, MiG-29N serta Aermacchi MB-339.

Negara juga dijangka memperolehi 18 buah lagi pesawat FA-50 dibawah fasa kedua perolehan, membawa keseluruhan pesawat itu yang bakal dimilikinya kepada 36 buah.

Empat buah pesawat FA-50 Block 20 TUDM yang pertama dijangka diterima negara pada akhir 2026 manakala keseluruhan 18 pesawat itu diterima pada 2028.

Pesawat-pesawat “Black Eagles” yang dicat dengan warna hitam, putih dan kuning merupakan pesawat T-50 yang telah diubahsuai untuk perkhidmatan dengan ROKAF.

Black Eagles

Pergerakan utama pasukan aerobatik ROKAF itu dipanggil “Taegeuk”, dimana pasukan itu mencipta bendera Korea Selatan menerusi penerbangan menakjubkan dan penggunaan asap yang dilepaskan daripada pesawat-pesawat terbabit.

Bulan ini, pasukan aerobatik “Black Eagles” turut menyertai pameran udara Australia di Lapangan Terbang Avalon pada 3 hingga 5 Mac. — DSA

apps

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...