Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pesawat Pengebom Terbaru Russia, “PAK-DA” (Izdelie 80) Buat Penerbangan Sulung 2025

“PAK-DA atau Izdelie 80 akan menjadi pesawat pengebom strategik Russia yang benar-benar halimunan,” kata media Russia. Disebabkan ciri-cirinya halimunan, pesawat pengebom terbaru Russia itu berkemampuan menyelinap masuk ke dalam ruang udara sesebuah negara tanpa dapat dikesan oleh radar dan menggugurkan muatannya sebelum pulang ke pangkalannya.

0 5,845

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Prototaip pesawat pengebom strategik terbaru Russia dipanggil PAK-DA atau “Izdelie 80” (Product 80) dipercayai sudah hampir siap, dengan pesawat itu dijangka melakukan penerbangan sulungnya sebelum tahun 2025.

Setiausaha Persenjataan British James Heappey berkata, pesawat pengebom terbaru Russia itu memiliki ciri-ciri halimunan (stealth).

“Russia mengekalkan beberapa jenis pesawat pengebom dalam keadaan berjaga-jaga di beberapa pangkalan udara di seluruh wilayahnya. Prototaip PAK-DA yang rekabentuknya adalah menyamai pesawat pengebom B-2 Amerika Syarikat berkemungkinan sudah hampir siap,” kata beliau.

Izdelie

Pada ketika ini Russia menggunakan beberapa pesawat pengebom seperti Tu-95, Tu-22 dan Tu-160 dan dengan kehadiran PAK-DA (Izdelie 80), pesawat pengebom strategik terbaru Russia dijangka akan menggantikan beberapa pesawat pengebom strategik yang sudah agak berusia.

“PAK-DA atau Izdelie 80 akan menjadi pesawat pengebom strategik Russia yang benar-benar halimunan,” kata media Russia.

Disebabkan ciri-cirinya yang halimunan, pesawat pengebom terbaru Russia itu berkemampuan menyelinap masuk ke dalam ruang udara sesebuah negara tanpa dapat dikesan oleh radar dan menggugurkan muatannya sebelum pulang ke pangkalannya.

Kesemua ini dilakukannya tanpa dapat dikesan oleh radar disebabkan rekabentuknya yang memiliki ciri-ciri Radar Cross Section (RCS) yang amat rendah, selain pesawat diselaputi (coating) dengan bahan khas yang kalis pancaran radar. 

Pesawat pengebom terbaru Russia itu dibangunkan oleh syarikat Tupolev yang sebelum ini telah berjanji bahawa pesawat itu akan melakukan penerbangan sulungnya pada tahun ini, namun tempoh itu telah dilanjutkan beberapa kali.

Izdelie

Namun terdapat keazaman baru bahawa PAK-DA akan melakukan penerbangan sulungnya pada 2025, dengan tempoh di antara 2027-2029 ia dijangka akan mula beroperasi.

Russia sedang bersaing dengan Amerika Syarikat dan China yang juga sedang membangunkan pesawat-pesawat pengebom strategik mereka yang baru berdasarkan kepada teknologi halimunan.

Pada akhir tahun lepas, Amerika Syarikat telah memperkenalkan secara rasmi buat pertama kalinya pesawat pengebom terbarunya yang dipanggil B-21 “Raider”, yang dibangunkan oleh firma Northrop Grumann.

Pesawat B-21 “Raider” itu merupakan pesawat pengebom pertama didedahkan oleh Amerika Syarikat dalam tempoh 30 tahun sejak ia memperkenalkan pesawat pengebom B-2 Spirit pada 1988.

Tentera Udara Amerika Syarikat bercadang memiliki sehingga 100 buah pesawat pengebom B-21 itu, dengan program pembangunan pesawat pengebom itu yang menjangkau tempoh selama 30 tahun dijangka menelan belanja sebanyak US$203 bilion (RM812 bilion).  

B-21
Pesawat pengebom strategik B-21 “Raider”

 

Tidak mahu ketinggalan, China juga sedang membangunkan program pesawat pengebom strategiknya yang baru dipanggil Xian H-20.

Menurut media-media Russia, pesawat pengebom terbaru Russia itu memiliki kelajuan subsonic, dua enjin dan jarak operasi sehingga 15,000km.

Mereka juga mendakwa bahawa pesawat pengebom strategik terbaru Russia itu akan lebih besar berbanding pesawat pengebom B-21 “Raider” Amerika Syarikat.

Disebabkan saiznya yang lebih besar, PAK-DA akan mengatasi pesawat pengebom Amerika Syarikat dalam segi variasi dan jumlah persenjataan yang boleh dibawanya.

PAK-DA menurut media Russia, akan membawa pelbagai jenis persenjataan termasuk peluru berpandu dengan peledak nuklear seperti KH-102 dan peluru berpandu hypersonik KH-47M2.

Selain sistem persenjataanya, pesawat pengebom terbaru Russia itu juga akan dilengkapi dengan sistem sasaran (targeting) dan sensor yang canggih bagi membolehkan segala senjatanya dibawanya mampu membedil sasaran dengan tepat. — DSA

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...