Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

🎬Tentera Israel Pecat Komander Briged, Timbalannya Akibat Larikan Diri Dari Pertempuran Dengan Hamas

🎬Dilaporkan oleh media Israel “Ynet” dan dipetik oleh Clash Report,  kedua-dua pegawai tertinggi briged tentera IDF itu mendakwa mereka tidak diberikan bantuan tembakan daripada unit-unit tentera Israel yang lain dalam pertempuran dengan anggota Hamas, menyebabkan mereka melarikan diri daripada pertempuran dengan anggota Hamas.

0 2,204

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Israel (IDF) bertindak memecat komander sebuah briged and timbalannya selepas mereka serta anggota tentera dibawah seliaan mereka “melarikan diri” daripada pertempuran dengan anggota Hamas di bandar Gaza baru-baru ini.

Sebagaimana dilaporkan oleh media Israel “Ynet” dan dipetik oleh Clash Report,  kedua-dua pegawai tertinggi briged tentera IDF itu mendakwa mereka tidak diberikan bantuan tembakan daripada unit-unit tentera Israel yang lain dalam pertempuran dengan anggota Hamas, menyebabkan mereka melarikan diri daripada pertempuran dengan anggota Hamas.

Dakwaan komander dan timbalan briged itu tentang ketiadaan bantuan tembakan daripada unit-unit tentera Israel yang lain ketika pertempuran dengan anggota Hamas di bandar Gaza itu disokong oleh anggota-anggota briged mereka yang lain.

“Ketiadaan bantuan tembakan daripada unit-unit tentera Israel yang lain itu telah menyebabkan briged mereka berundur. Selain itu serangan terhadap kedudukan Hamas itu tidak dirancang dengan baik dan menyebabkan kompeni diserang hendap,” menurut laporan oleh media Israel itu.

Ynet melaporkan lagi bahawa briged terlibat telah dikerah ke kawasan pertempuran walaupun pucuk pimpinan tinggi IDF menyedari bahawa anggota briged itu kepenatan selepas bertempur di lokasi lain di bandar Gaza.

 

“Pegawai-pegawai di dalam briged itu mendakwa bahawa mereka telah dihantar ke misi terbabit tanpa sebarang persediaan yang rapi sebaik sahaja mereka selepas selepas bertempur di satu satu lokasi lain di bandar Gaza dan tanpa mendapat rehat yang mencukupi.”

“Sebaik sahaja briged itu ‘melarikan diri’ daripada kawasan pertempuran dengan Hamas, tempat mereka telah diambil alih oleh anggota tentera Israel daripada briged lain,” menurut media Israel itu.

Media Israel itu menyatakan bahawa briged terlibat telah mengalami kemalangan jiwa dan kecederaan dalam pertempuran-pertempuran dengan anggota Hamas di bandar Gaza sebelum itu.

Insiden terbabit telah menyebabkan krisis kepercayaan di antara komander briged terlibat itu, timbalannya dan anggota-anggota lain dengan jeneral tentera Israel yang menaungi briged terlibat itu.

“Ia (krisis kepercayaan) itu telah menyebabkan sebahagian besar daripada anggota terbabit tidak kembali kepada briged itu disebabkan tindakan pihak atasan tentera Israel yang tidak menyebelahi komander dan timbalan kepada briged terbabit,” kata Ynet.

Menurut laporan daripada Ynet lagi, sehingga kini sebahagian besar daripada anggota briged itu yang melarikan diri daripada pertempuran itu belum “kembali” melaporkan diri kepada briged mereka yang kini dipimpin oleh komander dan timbalan komander yang baru.

Israel

Kedua-dua komander dan timbalan briged yang dipecat oleh oleh tentera Israel itu berkemungkinan bakal berdepan dengan tindakan ketenteraan.

Ynet tidak mendedahkan identiti briged yang terlibat itu, mahupun komander dan timbalannya.

Sementara itu jurucakap tentera Israel yang dipetik oleh Ynet berkata, dakwaan oleh anggota-anggota briged berkenaan telah dinilai oleh komander-komander yang lain dan tindakan telah diambil secara professional.

Jurucakap itu juga berkata, briged itu telah mengalami kematian anggota dan kecederaan sepanjang pertempuran dengan anggota Hamas sejak sebulan yang lepas. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...