Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

🎬 Ketika Ketegangan Memuncak, Iran Dedah Kapal Destroyer Terbarunya “Deylaman”

🎬 Komander Tentera Laut Iran Laksamana Shahram Irani berkata bahawa kapal perang  destroyer “Deylaman” milik Tentera Laut Iran itu akan dilengkapi dengan pelbagai pelbagai kelengkapan dan persenjataan offensif serta defensif yang canggih bagi membolehkannya mempertahankan kepentingan negara itu.

0 11,138

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dikala ketegangan di rantau Timur Tengah semakin memuncak akibat konflik bersenjata di antara Hamas, Hezbollah dan Israel, Iran pula mendedahkan kapal perang terbarunya dipanggil “Deylaman”, yang berkemungkinan bakal dilengkapi dengan peluru berpandu hypersonik “Fattah.”

Kapal perang destroyer kelas-Mowj itu yang direkabentuk berdasarkan rekabentuk kapal destroyer “Jamaran” Tentera Laut Iran yang dilancarkan pada 2010, mempunyai berat keseluruhan 1,500 tan dan akan berkhidmat di Laut Kaspia.

“Deylaman” merupakan kapal destroyer kelima dalam kelas-Mowj. 

Komander Tentera Laut Iran Laksamana Shahram Irani berkata bahawa kapal perang  destroyer “Deylaman” milik Tentera Laut Iran itu akan dilengkapi dengan pelbagai pelbagai kelengkapan dan persenjataan offensif serta defensif yang canggih bagi membolehkannya mempertahankan kepentingan negara itu.

Beliau tidak mendedahkan jenis persenjataan yang dibawa oleh kapal destroyer “Deylaman” itu, tetapi ia sudah semestinya menimbulkan pelbagai spekulasi.

Pemerhati pertahanan serantau tidak menolak kemungkinan bahawa Iran akan melengkapkan kapal perang terbarunya itu dengan peluru berpandu hypersonik “Fattah” yang memiliki kelajuan Mach 15.

Peluru berpandu hypersonik “Fattah” Iran itu dikategorikan sebagai Hypersonic Glide Vehicle (HGV).

Pada Julai lalu, Iran telah mengumumkan bahawa ia akan melengkapkan kapal perang terbaru pada ketika itu, “Damavand” dengan peluru berpandu hypersonik “Fattah”  yang berkemampuan membedil sasaran sejauh 1,400km.

Sebagaimana kapal destroyer “Deylaman” yang didedahkan oleh Iran hari ini, kapal destroyer “Damavand” juga memiliki berat keseluruhan 1,500 tan dan kedua-duanya akan akan berkhidmat di Laut Kaspia.

Kedua-dua kapal perang destroyer “Damavand” yang dilancar beberapa bulan lepas dan kapal perang daripada kelas yang sama “Deylaman” adalah hasil usaha industri pembinaan kapal tempatan Iran.Deylaman

Tindakan Iran melengkapkan Damavand-2 yang merupakan sebuah kapal destroyer dengan peluru berpandu hypersonik bakal memberikan Teheran kemampuan ketenteraan yang “digeruni” oleh negara-negara serantau di Timur Tengah terutamanya Israel dan Amerika Syarikat.

Menurut media Iran, “Fattah” mampu meluncur dengan kelajuan Mach 15 atau lebih 5,000 meter satu saat dan tidak ada sistem pertahanan udara Amerika Syarikat dan Israel yang canggih mampu memintasnya.

Setakat ini,hanya Amerika Syarikat, Russia,Korea Utara dan China diketahui berkemampuan membangunkan peluru berpandu hypersonik.

“Peluru berpandu hypersonik Fattah tidak boleh ditangkis oleh peluru berpandu lain,berikutan cara ia bergerak di kedudukan dan altitud yang berlainan serta kelajuannya,” menurut seorang pegawai kanan Kor Pengawal Revolusi Iran.

Fattah
Peluru berpandu hypersonik “Hypersonic” dan Hypersonic Glide Vehicle (HGV)

 

Pengenalan peluru berpandu hypersonik “Fattah” menyusul pelancaran peluru berpandu balistik Iran pada bulan lepas,yang turut mengundang kritikan dan kecaman daripada negara-negara Barat terutamanya Amerika Syarikat serta sekutu utamanya Israel.

Dipanggil “Kheibar”, peluru berpandu balistik generasi ke-empat Iran itu berkemampuan membedil sasaran sejauh 2,000 km dan boleh mengenai  sasaran di Israel.

Ia juga boleh membawa kepada peledak konvesional seberat 1,500 kilogram kata pegawai tentera Iran sambil menambah bahawa “Kheibar” boleh meluncur selaju Mach 15 di luar atmosfera dan Mach 8 di dalam atmosfera.— DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...