Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Iran Dakwa Berjaya Kesan Gelombang Radar Pesawat Halimunan, F-35 Amerika

Dakwaan itu dibuat oleh ketua Iran Electronics Industries (IEI) Brig Jen Amir Rastegari yang berkata, disebabkan sekatan senjata oleh dunia terhadap Iran sejak 1979, maka negara itu telah membangunkan industri pertahanan tempatan yang berkeupayaan tinggi merangkumi radar dan pelbagai sistem peluru berpandu sehinggalah kepada satelit dan sistem elektronik pertahanan.

0 8,555

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Iran mendakwa jurutera-juruteranya telah berjaya membangunkan teknologi membolehkan mereka mengesan “cap jari” kelengkapan elektronik musuh mereka termasuk gelombang radar digunakan oleh pesawat pejuang generasi kelima Amerika Syarikat, F-35.

Dakwaan itu dibuat oleh ketua Iran Electronics Industries (IEI) Brig Jen Amir Rastegari yang berkata, disebabkan sekatan senjata oleh dunia terhadap Iran sejak 1979, maka negara itu telah membangunkan industri pertahanan tempatan yang berkeupayaan tinggi.

Keupayaan ini menurutnya, merangkumi radar dan pelbagai sistem peluru berpandu sehinggalah kepada satelit dan sistem elektronik pertahanan.

Iran

“Kita memiliki ‘cap jari’ kelengkapan elektronik musuh. Sepertimana cap jari adalah unik bagi setiap manusia, ia adalah sama dengan sistem elektromagnetik dan kita telah berjaya membangunkan teknologi (untuk mengesan mereka) sejak beberapa tahun dahulu,”kata beliau kepada media tempatan.

“Sebagai contoh, jika pesawat pejuang F-35 mula beroperasi dan memantau menggunakan radarnya, (radarnya) akan mengeluarkan gelombang yang berlainan daripada gelombang radar pesawat pejuang F-35 yang lain.”

“Pada hari ini, kita boleh mengenalpasti mereka (gelombang radar itu dan kita boleh menerima serta menganalisis aspek telekomunikasi, radio, signal magnetic dan menentukan ia dimiliki oleh pesawat F-35 yang mana,” kata beliau.

Menurutnya, jika pesawat pejuang F-35 yang sama beroperasi, pihak Iran akan mengetahuinya dengan segera selepas itu.

Kemampuan negara Parsi itu untuk mengawasi semua dimensi gelombang electromagnetic yang dihasilkan oleh pesawat-pesawat pejuang musuh membolehkan Iran untuk merancang operasi pertahanannya sebaik mungkin, kata Rastegari.

F-35

Pada Mei lepas Kementerian Pertahanan Iran mendakwa pihaknya telah berjaya mengodam (hacking) dua pesawat pengintip asing dipercayai milik Amerika Syarikat menggunakan sistem peperangan elektronik (EW) yang dibangunkan oleh negara Parsi itu sendiri.

Beliau mendakwa insiden itu berlaku di ruang udara di sempadan negara itu.

“Pesawat pengintip asing itu terbang di dalam Flight Information Region (FIR) dan mula mengeluarkan gelombang untuk mengumpul maklumat perisikan dan kami telah menganggu aktiviti yang dijalankan oleh pesawat terbabit.”

“Juruterbang pesawat pengintip itu menyangka pesawatnya menghadapi masalah, jadi dia telah menghubungi pangkalan mengatakan sistem di pesawat itu mempunyai masalah dan beliau akan kembali (ke pangkalan).”

“Kita mempunyai rakaman perbualan itu,” kata Kementerian Pertahanan Iran.

Iran
Sistem pertahanan udara Iran

 

Beliau juga memberitahu bahawa negara itu kini mempunyai kemampuan untuk “mengebom” sistem radar dan komunikasi pesawat musuh dengan gelombang radio untuk menganggu operasi mereka.

Dan mereka telah berjaya menguji kemampuan itu terhadap “musuh” sedia ada pada situasi sebenar.

Brig Jeneral tentera Iran itu menyatakan bahawa kemampuan teknologi radar dan peluru berpandu negara itu telah maju kehadapan sehingga membolehkan negara itu menembak jatuh dron Global Hawk milik Amerika Syarikat selepas ia menceroboh ruang udara negara itu di Selat Hormuz pada 2019.

Beliau menyifatkan era ketika ini adalah “era generasi keenam” peperangan hybrid dan jaringan, bom pintar, sistem tanpa pemandu dan artificial intelligence.

Iran

“Untuk berada di hadapan musuh, radar dan sistem peperangan elektronik Iran mesti berkemampuan untuk melihat musuh sebelum musuh melihat Iran,” katanya.

Iran kata beliau sudah berperang secara elektronik dengan musuh-musuhnya dengan mereka menguji tahap sistem pertahanan udara negara itu pada setiap masa. — DSA

Donlod

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...