Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Dari “Smokey Bandit” Ke PAT, “APAI” Labuh Tirai Perkhidmatan Bulan Depan

Selepas menabur bakti hampir 44 tahun kepada Angkatan Tentera Malaysia dan TUDM, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang akan bersara dan menyerahkan tampuk pemerintahan ATM kepada pengganti beliau iaitu Jen Tan Sri  Mohammad Ab Rahman, Panglima Tentera Darat pada 6 September 2023.

0 14,949

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada Jumaat (18 Ogos) bertempat di Pangkalan Udara Butterworth, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah memberikan penghargaan khas kepada Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang callsign “APAI” yang akan bersara bulan depan.

Menurut kenyataan akaun Facebook TUDM,  sempena persaraan PAT bulan depan, beliau telah terbang bersama pesawat pejuang Su-30 MKM.

Penerbangan pesawat Su-30MKM Tail Number M52-17 bersama Pegawai Memerintah No 12 Skn, Lt Kolonel Mohd Noraihan Abdul Karim berlepas dari Pangkalan Udara Butterworth dan terbang di ruang udara sekitar Pulau Pinang dan Kedah selama lebih kurang 45 minit.

APAI
(TUDM)
APAI
(TUDM)

 

Melintasi Kolej Tentera Udara di Alor Setar,  warga Kolej Tentera Udara, Alor Setar melakukan formasi tertera “Thank You PAT”.

Selepas menabur bakti hampir 44 tahun kepada Angkatan Tentera Malaysia dan TUDM, Affendi akan bersara dan menyerahkan tampuk pemerintahan ATM kepada pengganti beliau iaitu Jeneral Tan Sri  Mohammad Ab Rahman, Panglima Tentera Darat pada 6 September 2023.

Perbarisan Penghargaan kepada Panglima Angkatan Tentera ke-21 melibatkan 23 pegawai dan 404 anggota Lain-Lain Pangkat diketuai oleh Leftenan Kolonel Khairul Fadly bin Abu Bakar TUDM.

PAT telah menerima tabik hormat daripada Kontinjen Perbarisan diiringi dengan Terbang Lintas Hormat lima helikopter membawa Jalur Gemilang, Bendera ATM dan Bendera TUDM.

Beliau seterusnya memeriksa perbarisan sebelum diteruskan dengan Perbarisan Berjalan Lalu Dalam Masa Perlahan Dan Cepat serta Mara Mengadap.

APAI
(TUDM)
APAI
(TUDM)

 

TUDM memberikan penghargaan penuh penghormatan dengan terbang lintas pesawat latihan PC-7 MK II, Pesawat pengangkut A400M dan C130H serta pesawat pejuang Su-30 MKM, F/A 18 D Hornet dan BAE Hawk.

Perbarisan Penghargaan diadakan sebagai tanda penghormatan dan menghargai jasa daripada warga TUDM di atas segala khidmat bakti, jasa, serta pengorbanan yang telah dicurahkan oleh Affendi terkenal dengan Callsign “APAI”.

Beliau juga mengharumkan nama TUDM serta mencipta rekod sejarah tersendiri sebagai anak jati Sarawak pertama menjadi Panglima TUDM dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia.

Beliau juga terkenal dengan pasukan aerobatik taktikal TUDM MiG-29 dikenali ‘Smokey Bandit” yang turut menjulang nama TUDM dan Malaysia di peringkat antarabangsa. — DSA

APAI
(TUDM)

Donlod

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...