Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Iran Cabar Amerika di Selat Hormuz

0 280

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Beberapa hari lepas, Iran telah mengerahkan beberapa buah bot lajunya dan pesawat tanpa pemandu (UAV) untuk memantau (shadow) USS Nimitz Carrier Strike Group yang sedang melalui Selat Hormuz.

Tentera Amerika Syarikat dan presidennya Donald Trump menganggap tindakan Iran itu amat berbahaya dan merupakan suatu provokasi.

Malah insiden itu telah membuatkan Trump berang sehingga membuatkan beliau mengeluarkan arahan kepada tentera laut Amerika supaya menembak mana-mana bot laju Iran yang berada berhampiran atau “harass” (mengacau) kapal-kapal Amerika itu.

Trump
Berang dengan tindakan Iran, Presiden Donald Trump mengarahkan tentera laut Amerika supaya menembak bot-bot laju Iran itu. (sumber Twitter Donald Trump)

Sementara itu Iran,  di dalam satu tindakan yang dianggap sebagai mencabar Amerika Syarikat telah mengeluarkan beberapa keping gambar-gambar yang diambil oleh pesawat tanpa pemandunya.

Kapal

 

kapal amerikaIa juga menerbit satu video pendek tentera tindakan pesawat tanpa pemandunya terbang dekat dengan kapal-kapal perang Amerika Syarikat dan mengambil gambarnya.

Admin ada sertakan video terbabit untuk tontonan kita semua.

Gambar-gambar yang memiliki resolusi tinggi itu menunjukkan pesawat-pesawat UAV Iran itu terbang dengan jarak yang amat hampir dengan USS Nimitz Carrier Strike Group.

Sama ada USS Nimitz atau kapal-kapal pengiringnya menyedari kehadiran pesawat-pesawat UAV Iran sedang memantaunya atau tidak, ia tidak dapat dipastikan.

Bagaimanapun jurucakap US Naval Forces Central Command Komander Rebecca Rebarich ketika bercakap kepada US Navy Times berkata,  tidak berlaku sebarang pertembungan tidak selamat antara tentera Amerika dan Iran sejak 15 April.

Pada tarikh 15 April itu, sebanyak 11 bot laju Iran mengelilingi kapal-kapal perang Amerika Syarikat.

Rebecca berkata, USS Nimitz Carrier Strike Group transit Selat Hormuz pada 18 Sept lepas untuk ke destinasi di sebuah negara Teluk.

Selat Hormuz
Selat Hormuz yang amat penting bagi perdagangan minyak dan gas dunia. (kredit Al Jazeera)

Selat Hormuz sepanjang 39km adalah selat di antara Teluk Parsi dan Teluk Oman.

Selat Hormuz yang sempit itu amat penting dan merupakan salah satu “strategik choke points” terutamanya bagi kapal-kapal yang yang membawa minyak dan gas.

Gerombolan kapal perang Amerika Syarikat sebelum itu melaksanakan operasi di perairan berhampiran Syria dan Iraq, di pesawat-pesawat pejuangnya melancarkan beberapa siri penerbangan terhadap kedua-dua negara yang sedang dilanda peperangan itu.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...