Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Indonesia Peroleh Dua Friget “Arrowhead 140”, Tambahan Kepada Friget FREMM

PT PAL akan membina kedua-dua buah kapal friget AH 140 itu dengan beberapa pengubahsuaian untuk Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Laut (TNI-AL) daripada kemudahannya di Surabaya.

0 4,212

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Indonesia akan memperoleh dua buah kapal friget berdasarkan kepada rekabentuk “Arrowhead 140” (AH 140) yang dibangunkan oleh firma Babcock selepas perjanjian lesen rekabentuk diantara PT PAL Indonesia (Persero) dengan firma antarabangsa berpengkalan di Britain itu.

PT PAL akan membina kedua-dua buah kapal friget AH 140 itu dengan beberapa pengubahsuaian untuk Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Laut (TNI-AL) daripada kemudahannya di Surabaya.

Perjanjian itu ditandatangani pada Defence and Security Equipment International (DSEI) 2021 di London di antara pengurusan tertinggi kedua-dua syarikat, Babcock dan PT PAL sambil disaksikan oleh Menteri Pertahanan Indonesia Prabowo Subianto dan rakan sejawatnya daripada Britain, Ben Wallace.

Indonesia merupakan export customer yang pertama bagi friget AH 140, yang juga merupakan rekabentuk pilihan bagi Tentera Laut British bagi program friget Type 31 negara itu, dengan kapal pertama dijangka dilancarkan pada tahun 2023.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh PT PAL, kedua-dua buah kapal friget AH 140 Tentera Laut Indonesia akan disiapkan di dalam tempoh 69 bulan.

Indonesia

Antara spesifikasinya adalah, kedua-dua kapal friget itu mampu meluncur 28 knot kelajuan maksimum. Jika dengan kelajuan 18 knot (endurance) kapal mampu belayar sejauh 9,000 batu nautika.

Bagi sistem persenjataannya, ia akan dilengkapi dengan 24 Vertical Launch System (VLS) medium-range surface-to-air missile (SAM), 32 VLS long-range SAM dan 16 VLS for surface-to-surface long range missile, selain 2x76mm cannon dan 1x Millenium Gun Close In Weapon System (CIWS).

Persenjataannya memang padu.

Kapal friget dengan rekabentuk AH 140 ini mempunyai panjang 138.7 meter dan berat 5,700 tan serta berkemampuan membawa 160 krew maksimum tetapi boleh beroperasi dengan hanya 100 orang krew (minimum).

Ia juga membawa helikopter.

Indonesia kini kearah kapal-kapal friget yang lebih berat (lebih daripada 4,000 tan dan keatas) untuk mencapai status blue water navy.

FREMM
Kapal friget FREMM Tentera Laut Itali.

 

Penambahan dua buah kapal friget rekabentuk AH 140 ini akan meningkatkan lagi kekuatan Tentera Laut Indonesia yang nampaknya sedang berusaha keras menambah pegangan aset mereka sejak akhir-akhir ini.

Pada bulan Jun lepas, ia juga mengumumkan perolehan lapan buah kapal friget daripada firma Fincantieri daripada Itali.

Lapan buah kapal friget iitu terdiri daripada enam buah kapal friget pelbagai misi FREMM (Fregata europea multi-missione) serta dua buah kapal friget “Maestrale” (kapal friget ASW) yang bakal dilucut tauliah oleh Tentera Laut Itali tidak lama lagi.

Syarikat Fincantieri akan membeli kedua-dua buah kapal friget “Maestrale” itu daripada kerajaan Itali dan menaiktarafnya dengan peralatan-peralatan terkini sebelum menyerahkannya kepada Indonesia.

Friget FREMM ini panjangnya adalah 140 meter dan 20 meter lebarnya, manakala beratnya (displacement) adalah di antara 6,000 tan hingga 6,700 tan.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...