Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

India Antara Pembekal Senjata Terbesar Kepada Israel – Akhbar Yahudi

Pada Februari lalu, media-media India buat pertama kalinya melaporkan bahawa New Delhi telah membekalkan Israel dengan dron-dron Hermes 900 yang dibuat dikilangnya di bandar Hyderabad, berkemungkinan besar untuk digunakan dalam konfliknya di Palestin dan selatan Lubnan.

0 5,538

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sejak konflik di antara Palestin dan Israel tercetus kira-kira sembilan bulan lepas, India telah muncul sebagai antara negara yang paling banyak membekal senjata kepada Israel.

Bom-bom dan senjata keluaran industri pertahanan India telah digunakan oleh tentera penjajah Israel untuk meneruskan kekejaman dan pendudukan haramnya terhadap Palestin serta di kawasan di selatan Lubnan.

Israel bukan sahaja mendapat bekalan senjata daripada sekutu utamanya, Amerika Syarikat tetapi India juga muncul sebagai penyumbang utama kepada bekalan senjata dan bom kepada rejim Tel Aviv.

Fakta ini telah didedahkan oleh akhbar Israel, Yediot Aharonoth.

Menurut akhbar Israel itu, pihak berkuasa Sepanyol pada Mei lalu telah menghalang kapal kargo “Marianne Danica” daripada berlabuh di pelabuhan Cartagena dalam pelayarannya ke sebuah pelabuhan di Israel.

hermes
Hermes 900

 

Kapal tersebut yang berasal daripada bandar Madras dikesan membawa 27 tan pelbagai jenis peluru untuk kegunaan tentera Israel, membuktikan bahawa India bersama-sama Amerika Syarikat adalah pembekal utama senjata Israel, yang telah menyebabkan puluhan ribu penduduk Palestin dan selatan Lubnan terbunuh.

Dan pada Februari lalu, media-media India buat pertama kalinya melaporkan bahawa negara itu telah membekalkan Israel dengan dron-dron Hermes 900 yang dibuat dikilangnya di bandar Hyderabad.

Menurut laporan media India itu, kilang di Hyderabad itu yang dibina oleh Israel untuk membekalkan dron terbabit kepada tentera India telah menghasilkan 20 buah dron Hermes 900 untuk tentera Israel yang berhadapan dengan kekurangan dron akibat peperangan di Palestin.

Kilang di Hyderabad itu adalah hasil kerjasama di antara syarikat pertahanan Israel, Elbit Systems dengan billionair India, Gautam Adani.

Ia adalah kilang pembuatan dron Israel di luar negara Yahudi itu yang pertama.

India

Menurut akhbar Israel itu, keputusan untuk membekalkan bom dan sistem persenjataan lain termasuk dron Hermes 900 itu kepada negara Yahudi berkemungkinan besar telah diluluskan oleh pucuk pimpinan tertinggi India.

Bagi Israel, India yang memiliki ramai penduduk Islam mencecah kira-kira 100 juta orang adalah antara rakan paling rapat kepadanya.

Dron Hermes 900 atau dipanggil “Kochav” adalah satu daripada aset Intelligence, Surveillance and Reconnaisance (ISR) yang paling canggih dimiliki oleh tentera Israel dan direkabentuk serta dibangunkan oleh syarikat pertahanan negara Yahudi itu, Elbit Systems.

Selain untuk misi-misi ISR, dron Hermes 900 Israel itu juga terlibat dengan misi-misi mengenalpasti sasaran, ISTAR dan pemantauan udara.

Tentera Israel banyak menggunakan dron-dron termasuk Hermes 900 dan Hermes 450 untuk membedil kenderaan dan lokasi kediaman pemimpin-pemimpin kumpulan Hezbollah serta kumpulan bersenjata Palestin yang lain di selatan Lubnan.

Dron Hermes 900 merupakan dron Medium Altitude Long Endurance (MALE) dengan panjang keseluruhan sayapnya adalah 15 meter dengan Maximum Take Off Weight (MTOW) adalah 1,180kg.

 

Dioperasikan oleh Skuadron 166 Tentera Udara Israel, dron Hermes 900 mampu membawa muatan seberat 350kg dan terbang setinggi 30,000 kaki.

Ia dilengkapi dengan pelbagai sensor dan muatan termasuk kamera electro-optical/infrared (EO/IR), synthetic aperture radar (SAR), radar maritime, sistem signals intelligence (SIGINT) systems dan kemampuan Peperangan Elektronik (EW).

Dron Hermes 900 itu boleh terbang selama 36 jam dalam satu penerbangan, memberikan ia kemampuan untuk melaksanakan misi-misi jarak jauh dan lama.

Dron Hermes 900 mula berkhidmat dengan Tentera Udara Israel pada 2012 dan digunakan oleh Israel semasa konfliknya dengan Palestin pada 2014.

Sehingga kini, pejuang Hezbollah telah menembak jatuh enam buah dron Hermes 900 dan Hermes 450 di kawasan selatan Lubnan.– DSA

 

Comments
Loading...