Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Puluhan F/A-18 Hornet Australia “Tersadai” Dalam Hangar Menanti “Pembeli”

Jika usaha mendapatkan pesawat pejuang F/A-18C Hornet milik Tentera Udara Kuwait itu gagal, satu lagi opsyen yang boleh dipertimbangkan adalah "puluhan" pesawat Hornet milik Tentera Udara Australia yang kini "tersadai" dalam hangar di negara itu.

0 11,378

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Malaysia diketahui berminat untuk memperolehi sejumlah pesawat pejuang terpakai F/A-18 Hornet milik Tentera Udara Kuwait, sebagai “stop gap measures” sebelum ia memiliki pesawat pejuang baru untuk menggantikan lapan buah F/A-18D dan 18 buah Su-30MKM miliknya.

Sebagaimana yang kita tahu, sudah beberapa tahun cadangan perolehan pesawat Hornet Kuwait itu dicanang tetapi sehingga kini tiada perkembangan yang positif, malah terdapat juga laporan mengatakan Kor Marin Amerika Syarikat (USMC) juga mahu mendapatkan pesawat Hornet negara Arab itu.

Keputusan akhir sama ada Malaysia memperolehi pesawat terpakai Hornet negara Arab itu akan ditentukan oleh Washington dan bukan Kuwait.

Hornet

Jika kita gagal mendapatkan pesawat-pesawat Hornet terpakai Kuwait itu, mungkin kita boleh menimbangkan untuk memperolehi pesawat Hornet Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) yang kini dikatakan “tersadai” di dalam hangar di negara itu menunggu pembeli.

Pesawat-pesawat F/A-18A Hornet milik RAAF itu dikatakan masih berada dalam keadaan baik,malah telah dinaiktaraf kepada standard A+++ yang setaraf dengan F/A-18C dengan radar baru AN/APG-73.

Cuma jika dibandingkan dengan dengan Kuwait, pesawat Hornet negara Arab itu adalah lebih baik iaitu ia daripada varian terkini dan jumlah jam penerbangannya yang rendah berbanding dengan Legacy Hornet milik RAAF itu yang bukan sahaja daripada varian terdahulu tetapi juga berkemungkinan memiliki jam penerbangan yang tinggi (Australia sudah lenjan cukup-cukup).

Dibawah pelan CAP55, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) merancang menggantikan pesawat-pesawat F/A-18D Hornet dan Su-30MKM miliknya pada 2035 dan 2040.

Pesawat-pesawat Hornet Australia yang dikatakakan tersadai di dalam hangar itu juga berkemungkinan memerlukan kerja-kerja naiktaraf yang ekstensif jika ia mahu terus terbang untuk 10 tahun atau lebih, bermakna kerajaan perlu mengeluarkan belanja agak tinggi untuk menaiktarafnya dengan teknologi terkini.HornetWalau apapun, pesawat-pesawat F/A-18A milik Australia itu berada di dalam hangar dan dikatakan sedang menunggu pembeli baru selepas laporan media menyatakan perjanjian penjualannya kepada sebuah syarikat Amerika Syarikat gagal diteruskan.

Australia menjual sejumlah 46 buah pesawat Hornet kepada sebuah syarikat penyedia latihan Amerika Syarikat, Air USA (RAVN Aerospace) yang menyediakan latihan kepada juruterbang-juruterbang pesawat pejuang Tentera Udara Amerika Syarikat.

Pada 2017, Negara Oceania juga telah bertindak menjual sejumlah 25 buah pesawat Hornet itu kepada Kanada untuk memperkuatkan tentera udaranya.

Kini selepas, urusan penjualan dengan syarikat Amerika itu tergendala,terdapat kira-kira 21 buah atau lebih pesawat pejuang F/A-18A+++ milik RAAF yang kini tersadai di dalam hangar negara itu, dilaporkan menanti “pembeli baru.”

Terdapat juga laporan mengatakan pesawat Hornet Australia yang kini ditempatkan di dalam hangar adalah sebanyak  “empat dozen.”

Hornet
Pesawat F/A-18D Hornet Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). (pix credit to owner)

 

Australia memperolehi sejumlah 70 buah pesawat pejuang F/A-18A/B dan telah menamatkan perkhidmatan pesawat “Legacy Hornet” itu selepas ia memperolehi 24 buah F/A-18E/F Super Hornet dan 72 buah pesawat generasi kelima F-35A buatan syarikat Lockheed Martin.

Memandangkan perjanjian penjualan pesawat-pesawat Hornet itu kepada syarikat Amerika Syarikat itu masih “tergendala”, terdapat juga cadangan supaya pesawat F/A-18+++milik Canberra itu dipindah milik kepada Ukraine untuk digunakan oleh negara Eropah Timur itu untuk menangani pencerobohan tentera Russia.

Dengan dua enjin, pesawat pejuang Hornet itu dikatakan lebih berkemampuan untuk menangani cabaran oleh tentera Russia berbanding pesawat pejuang satu enjin F-16. — DSA

apps

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...