Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Helikopter AH-64 Apache India “Tersadai” Selepas “Loss of Power” Ketika Operasi di Tanah Tinggi

Helikopter penyerang Apache Tentera Udara India itu mengalami kerosakan “kehilangan kuasa” (loss of power) ketika melakukan penerbangan latihan di kawasan tanah tinggi Ladakh itu dan terpaksa melakukan pendaratan cemas sehingga menyebabkan helikopter itu mengalami lebih banyak kerosakan.

0 852

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sudah empat bulan, sebuah helikopter penyerang AH-64 “Apache” milik Tentera Udara India “tersadai” di Ladakh berhampiran sempadan negara itu dengan Tibet dan Line of Actual Control (LAC) China, selepas mengalami kerosakan akibat operasi di kawasan altitud tinggi.

Insiden membabitkan helikopter penyerang buatan syarikat Boeing, Amerika Syarikat itu berlaku pada April lalu dan pihak tentera India dan syarikat pembuat helikopter itu sedang berusaha untuk memperbaiki helikopter itu tetapi dihalang oleh altitud tinggi di kawaasan terbabit.

Helikopter penyerang Apache Tentera Udara India itu mengalami kerosakan “kehilangan kuasa” (loss of power) ketika melakukan penerbangan latihan di kawasan tanah tinggi Ladakh itu dan terpaksa melakukan pendaratan cemas sehingga menyebabkan helikopter itu mengalami lebih banyak kerosakan.

Helikopter penyerang itu terpaksa melakukan pendaratan cemas di Khardung La yang terletak di kawasan setinggi 12,000 kaki.

Kedua-dua pihak,  Tentera Udara India dan syarikat Boeing sedang berusaha untuk memperbaiki helikopter itu termasuk cuba membawanya turun helikopter penyerang itu daripada kawasan tanah tinggi.Apache

Namun, usaha tersebut tidak berjaya sehingga kini kerana terdapat kebimbangan helikopter yang dipertanggungjawab untuk mengangkut helikopter penyerang Apache itu itu juga akan mengalami masalah “loss of power” apabila beroperasi di kawasan tanah tinggi.

Antara helikopter-helikopter yang dipertimbangkan untuk mengangkut helikopter Apache yang rosak itu termasuklah Mi-26 buatan Russia dan juga Chinook buatan Amerika Syarikat,

“Mana-mana helikopter yang beroperasi di kawasan tanah tinggi itu berhadapan dengan risiko ‘ loss of load carrying capacity’ dengan mendadak.”

Satu cara lagi cara untuk mengangkut helikopter Apache milik Tentera Udara India yang rosak itu adalah mencerai-ceraikan helikopter itu kepada bahagian kecil, sebelum ia diangkut ke kemudahan pembaikannya yang terletak dipangkalan tentera di kawasan altitud rendah.

Insiden melibatkan helikopter penyerang AH-64 Apache milik Tentera Udara India itu merupakan insiden kelima membabitkan helikopter Apache di seluruh dunia dan ia telah menggemparkan syarikat pembuatnya.

Helikopter penyerang AH-64 Apache itu telah beroperasi selama empat dekad.

Apache

Tentera Udara India memiliki 28 buah helikopter penyerang AH-64 Apache, dengan 22 buah diperolehi pada 2015 dan memperolehi enam lagi buah pada 2020 bertujuan untuk berhadapan dengan China di kawasan LAC itu serta Pakistan.

Pada tahun ini sahaja, empat buah helikopter penyerang Apache AH-64 yang digunakan oleh Tentera Darat Pengawal Kebangsaan (Army National Guard) dan Tentera Darat Amerika Syarikat dilaporkan telah terhempas, menyebabkan kematian beberapa krewnya.

Pada Mac lalu, insiden membabitkan helikopter bersenjata itu berlaku di Fort Carson, Colorado, Amerika Syarikat.

Helikopter Apache yang malang itu beroperasi di bawah 4th Combat Aviation Brigade, Tentera Darat Amerika Syarikat dan ia terlibat dengan insiden ketika sedang melakukan penerbangan latihan, menyebabkan juruterbang dan gunner mengalami kecederaan ringan.

Beberapa hari sebelum insiden pada Mac itu, sebuah lagi helikopter penyerang varian terkini Apache AH-64E yang dioperasikan oleh 16th Combat Aviation Brigade, Tentera Darat Amerika Syarikat turut mengalami kemalangan ketika melakukan penerbangan latihan yang rutin.

Kemalangan itu berlaku di Pangkalan Bersama Lewis-McChord di Washington State sehingga menyebabkan kedua-dua juruterbang dan gunner helikopter penyerang itu mengalami kecederaan.

Kedua-dua kemalangan melibatkan helikopter penyerang Apache AH-64 yang dioperasikan oleh Tentera Darat Amerika Syarikat itu berlaku selepas dua buah helikopter jenis yang sama turut mengalami kemalangan pada bulan Februari lalu.

Sehingga tahun 2020, Tentera Darat Amerika Syarikat dan Pengawal Kebangsaan negara itu mengoperasikan kira-kira 700 buah helikopter penyerang Apache AH-64 untuk operasi-operasi aktif di dalam dan luar negara.

Tentera Darat Amerika Syarikat mula mengoperasikan helikopter bersenjata Apache AH-64 pada 1984,iaitu kira-kira empat dekad yang lalu. — DSA

 

 

 

Comments
Loading...