Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Tajikistan Kerah Ratusan Ribu Tenteranya Hadapi Kemaraan Taliban

Sejak pengunduran tentera Amerika Syarikat dari Afghanistan beberapa minggu lepas, anggota kumpulan bersenjata Taliban telah mara di beberapa bahagian negara itu dan menakluk ratusan daerah di negara Asia Selatan itu.

0 2,260

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tajikistan telah memobilisasi 130,000 anggota tentera simpanannya bagi membantu 100,000 anggota tentera aktif di dalam latihan tentera yang paling besar diadakan dalam sejarah negara Asia Tengah itu, pada ketika negara jirannya, Afghanistan sedang bergolak akibat kemaraan kumpulan Taliban.

Sejak pengunduran tentera Amerika Syarikat dari Afghanistan beberapa minggu lepas, anggota kumpulan bersenjata Taliban telah mara di beberapa bahagian negara itu dan menakluk ratusan daerah di negara Asia Selatan itu.

Dengan ketiadaan “perlindungan” daripada tentera Afghanistan dan antarabanga,  kemaraan Taliban itu bakal menumbangkan kerajaan pusat Afghanistan yang dipimpin oleh Presiden Ashraf Ghani.

Menurut pejabat Presiden Tajikistan Emomali Rakhmon, lebih daripada 1,000 kenderaan tentera seperti kereta kebal dan kereta perisai, pesawat pejuang dan helikopter terlibat dalam latihan tentera yang besar itu.

“Berikutan keadaan yan tidak stabil di rantau ini,saya ingin mengingatkan sekali lagi rakyat Tajikistan bahawa kita mesti bersedia untuk mempertahankan keamanan dan ketidakstabilan yang telah kita kecapi dengan harga yang tinggi,”kata Emomali dalam siaran televisyen ke seluruh negara.

 

Beliau berkata, 20,000 anggota tentera simpanan Tajikistan telah dihantar ke sempadan negara itu dengan Afghanistan.

Tajikistan bertindak mengetatkan kawasan sempadannya dengan Afghanistan selepas lebih daripada 1,000 anggota tentera negara jirannya itu menyeberangi sempadan dan memasuki Tajikistan.

Ia selepas anggota bersenjata Taliban menakluk kawasan-kawasan dan pintu masuki di sempadan kedua-dua negara itu.

Tajikistan
Anggota tentera Tajikistan

Sementara itu Russia yang mempunyai pangkalan tentera di Tajikistan merancang untuk mengadakan latihan tentera bersama dengan Tajikistan dan Uzbekistan, sebuah lagi negara yang berkongsi sempadan dengan Afghanistan.

Moscow telah memindahkan puluhan kenderaan tentera ke pangkalannya di Tajikistan sebagai persediaan untuk melaksanakan latihan tentera itu.

Latihan tentera bersama ketiga-tiga negara itu dijangka diadakan di kawasan sempadan dengan Afghanistan.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...