Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Grup Gerak Khas Realisasi Angkatan Masa Depan Selari Strategi Ketenteraan Negara 2.0

“Rejimen Gerak Khas (RGK) kini sedang mengkaji semula struktur perjawatan secara holistik bagi memastikan pembangunan RGK selari dengan rancangan pembangunan Tentera Darat (TD) sekaligus mencapai status full mission capable dan mampu beroperasi di dua wilayah secara serentak seperti yang dituntut dalam fokus pertama iaitu Pembangunan Organisasi."

0 1,474

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Panglima 21 Grup Gerak Khas (21 GGK), Mej Jen Adi Ridzwan Abdullah ingin merealisasikan angkatan masa hadapan seperti yang digariskan dalam Strategi Ketenteraan Negara 2.0  berteraskan lima fokus.

Ia agar sesebuah angkatan berkeupayaan melaksanakan operasi dalam pelbagai domain seperti domain siber elektro magnetik, domain udara, domain maritim dan domain darat.

“Rejimen Gerak Khas (RGK) kini sedang mengkaji semula struktur perjawatan secara holistik bagi memastikan pembangunan RGK selari dengan rancangan pembangunan Tentera Darat (TD) sekaligus mencapai status full mission capable dan mampu beroperasi di dua wilayah secara serentak seperti yang dituntut dalam fokus pertama iaitu Pembangunan Organisasi.”

Gerak Khas
(BTDM)

 

“Fokus kedua iaitu Pembangunan Sumber Manusia juga merupakan aset terpenting dalam membentuk corak kepimpinan berkonsepkan mission command dan directive control agar sebarang situasi dapat ditangani dengan bijak serta berkesan.

“Pembangunan Doktrin dalam fokus ketiga juga diberi perhatian untuk mewujudkan sebuah ketumbukan yang mampan dan relevan agar tindakan merancang pelaksanaan operasi dan latihan seiring dengan pembangunan teknologi semasa,” kata Panglima 21 GGK.

Beliau berkata demikian ketika menyaksikan perbarisan Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) Rejimen Gerak Khas Ke-58 berkonsepkan statik melibatkan lima detasmen berkekuatan seramai 61 pegawai dan 440 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) diketuai oleh Pegawai Pemerintah Rejimen 21 Komando (Rej 21 Kdo) di Padang Kawad Markas 21 GGK pada 1 Ogos 2023.

Tambahnya lagi, fokus keempat iaitu pembangunan keupayaan dan kelengkapan juga sedang giat dilakukan seperti perolehan sebanyak 12 laras senjata sniper 7.62milimeter semi auto dan 14 laras senjata sniper 7.62 bold action serta beberapa perolehan yang lain.

Gerak Khas
(BTDM)

 

RGK turut memfokuskan kepada Pembangunan Latihan dengan melaksanakan projek pembinaan baharu kolam selam tempur, air craft compass wing dan projek naik taraf rumah tempur jarak dekat bagi melahirkan anggota yang cekap dan terlatih.

Sejurus tamat perbarisan, majlis diteruskan dengan Anugerah Jaguh Sukan RGK 2023 dan acara memotong kek bertempat di Hangar Skuadron Perahu Ringan.

Turut Hadir, Ketua Staf Am Markas 21 GGK, Brig Jen Ahmad Shuhaimi Mat Wajab dan Pengarah GGK, Brig Jen Mohd Fouzi Sulaiman.

Kredit: Berita Tentera Darat Malaysia

Gerak Khas
Komando GGK dan Kopassus TNI

donlod

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...