Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

FNSS Mula Serah Kenderaan Berperisai Amfibia “MAV” Pada Tentera Turkiye

Penyerahan pertama sejumlah 27 buah kenderaan berperisai amfibia MAV dalam beberapa varian telah diserahkan kepada Pemerintahan Pasukan Tentera Laut Turkiye dan Briged Amfibia Marin negara itu sebagaimana diumumkan oleh syarikat dalam satu kenyataan.

0 5,237

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Syarikat pertahanan Turkiye,FNSS telah menyerahkan sejumlah kenderaan berperisai amfibia dipanggil “Armoured Amphibious Marine Assault Vehicle” (MAV) kepada unit-unit tentera negara itu.

Penyerahan pertama sejumlah 27 buah kenderaan berperisai amfibia MAV dalam beberapa varian telah diserahkan kepada Pemerintahan Pasukan Tentera Laut Turkiye dan Briged Amfibia Marin negara itu sebagaimana diumumkan oleh syarikat dalam satu kenyataan.

Kenderaan berperisai amfibia MAV itu telah dibangunkan oleh syarikat selari dengan skop program yang telah digariskan oleh Agensi Industri Pertahanan Turki (SSB) bagi memenuhi keperluan kenderaan berperisai amfibia untuk Pemerintahan Pasukan Tentera Laut Turkiye.

FNSS
MAV (kredit FNSS)

 

Menurut FNSS, kenderaan amfibia berperisai MAV itu memiliki tahap pertahanan balistik dan periuk api yang lebih baik berbanding kenderaan-kenderaan sebelum ini, selain dilengkapi dengan peralatan moden masa kini.

Di antara kelebihan kenderaan berperisai amfibia MAV adalah ia mampu mengangkut lebih ramai anggota, tahap ketahanan balistik dan periuk api, keupayaan penggunaan di darat dan perairan dan turret kawalan jauh generasi baru.

MAV dilengkapi dengan turret kawalan jauh CAKA dengan kemampuan membawa muatan penuh peluru.

Turret kawalan jauh CAKA itu menawarkan kelebihan kerana ia lebih ringan, keselamatan lebih baik untuk gunner, pengesanan sasaran, penjejakan sasaran secara automatic, stabilisation, reliability dan ketepatan.

Kenderaan berperisai amfibia MAV memiliki kesemua ciri-ciri kenderaan perisai untuk operasi di darat dan laut, dengan menseimbangkan keperluan bagi di darat dan lautan.

FNSS
MAV (kredit FNSS)

 

MAV merupakan satu-satunya kenderaan amfibia dalam inventory Angkatan Tentera Turkiye yang mampu beroperasi dalam keadaan cuaca buruk.

Kenderaan berperisai amfibia terbaru tentera Turkiye itu akan beroperasi di kapal Landing Helicopter Dock (LHD) negara itu, TCG Anadolu yang kini sedang menjalani ujian di lautan sebelum ditauliahkan pada akhir tahun ini. 

Semasa fasa pendaratan pantai di dalam operasi amfibia, kenderaan MAV akan dilancarkan daripada kapal Landing Helicopter Dock (LHD) dan berkemampuan bergerak kearah pantai dengan pantas, sekaligus melindungi anggota tentera dengan perlindungan armornya. — DSA

ZAHA

Apps

 

 

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...