Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Tentera Laut Amerika Beri Dua Buah Kapal Peronda Terpakai Pada Filipina

Kedua-dua bekas kapal peronda kelas-Cyclone milik Tentera Laut Amerika Syarikat yang kini dimiliki oleh Tentera Laut Filipina adalah USS Monsoon (PC-4) dan USS Chinook (PC-9) dan dipindahkan kepada negara Asia Tenggara itu di bawah program Excess Defense Articles (EDA) kerajaan Amerika Syarikat.

0 3,734

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Amerika Syarikat telah “memindahkan” dua buah kapal peronda miliknya yang telah ditamatkan khidmat kepada Tentera Laut Filipina, bagi memperkuatkan lagi kemampuan negara Asia Tenggara itu dalam memastikan perairan littoralnya bebas daripada sebarang kegiatan jenayah dan pencerobohan oleh elemen-elemen asing.

Kedua-dua bekas kapal peronda kelas-Cyclone milik Tentera Laut Amerika Syarikat yang kini dimiliki oleh Tentera Laut Filipina adalah USS Monsoon (PC-4) dan USS Chinook (PC-9) dan dipindahkan kepada negara Asia Tenggara itu di bawah program Excess Defense Articles (EDA) kerajaan Amerika Syarikat.

Kedua-dua buah kapal peronda yang telah berkhidmat dengan Tentera Laut Amerika Syarikat selama hampir tiga dekad dan berpengkalan di Manama, Bahrain ketika di dilucut tauliah dalam satu upacara dua hari lepas.

Cyclone
Kapal peronda kelas-Cyclone dilengkapi dengan meriam 25mm.

 

Tentera Laut Amerika Syarikat telah mentauliahkan kapal USS Monsoon pada tahun 1994 manakala USS Chinook telah ditauliahkan setahun selepas itu pada 1995.

Tentera Laut Amerika Syarikat memiliki 14 buah kapal peronda kelas-Cyclone yang telah ditauliahkan ke dalam perkhidmatan di antara tahun 1994 hingga 1995.

Dengan panjang 53 meter, kapal-kapal peronda kelas-Cyclone itu mempunyai berat 331 ton dan mampu belayar selaju 35 knot sejauh 2,000 batu nautika.

Manakala krew kapal pula terdiri daripada empat pegawai dan 24 anggota lain-lain pangkat, manakala bagi sistem persenjataannya pula,ia dilengkapi dengan meriam 25mm serta beberapa mesingan pelbagai kaliber.

Cyclone

Menurut jurucakap Tentera Laut Filipina Kapt Benjo Negranza,  kedua-dua kapal peronda sepanjang 55 meter itu akan menambah kemampuan rondaan kapal-kapal Tentera Laut Filipina dalam usaha memastikan keselamatan dalam kawasan perairan littoral negara itu.

Selain tugas-tugas rondaan di kawasan perairan littoral, kapal-kapal peronda kelas-Cyclone itu juga berkemampuan melaksanakan misi-misi seperti pemintasan maritim, mengiring, pemantauan, operasi khas membabitkan unit-unit pasukan khas dan juga misi-misi bantuan kemanusiaan.

Kedua-dua kapal peronda terpakai Amerika itu akan diserahkan kepada Filipina pada suku kedua tahun ini.

Selepas diserahkan kepada Tentera Laut Filipina, kapal-kapal peronda kelas-Cyclone itu, USS Monsoon dan USS Chinook akan menjalani aktiviti pengaktifan semula sebelum mereka menyertai armada tentera laut negara itu.

Filipina mula memaklumkan minat mereka untuk memperolehi kedua-dua kapal peronda Amerika Syarikat pada 2021.

Cyclone

Ia akan membantu sebuah lagi kapal peronda terpakai Amerika yang diperolehi oleh Filipina, BRP General Mariano Alvarez (ex-USS Cyclone) pada 2004, dalam menjalankan tugas-tugas rondaan di perairan littoral negara itu.

Kapal peronda BRP General Mariano Alvarez telah dikerah ke perairan di selatan Filipina untuk misi-misi anti keganasan. — DSA

Apps

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

Comments
Loading...