Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Filipina Rancang Belanja US$33 Bln (RM142 Billion) Untuk Beli Senjata, Hadapi Sikap Agresif China

Perancangan untuk berbelanja besar bagi pertahanan negara itu dilakukan ketika Filipina sedang berhadapan dengan sikap agresif China terutamanya di perairan Laut China Selatan.

0 817

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Filipina merancang untuk membelanjakan US$33 billion (RM142 billion)  untuk memodenkan angkatan tenteranya dengan peluru berpandu jarak sederhana dan juga pesawat-pesawat pejuang moden, menurut pegawai-pegawai kanan pertahanan negara Asia Tenggara itu.

Perancangan untuk berbelanja besar bagi pertahanan negara itu dilakukan ketika Filipina sedang berhadapan dengan sikap agresif China terutamanya di perairan Laut China Selatan.

“Angkatan Tentera Filipina mahu memperolehi lebih banyak sistem persenjataan yang lebih canggih,” menurut panglimanya Jeneral Romeo Brawner kepada media, hanya beberapa jam selepas Setiausaha Pertahanan Filipina Gilberto Teodoro menyatakan bahawa Filipina sedang mengkaji beberapa tawaran penjualan senjata daripada beberapa negara.

“Kita mahu mendapatkan senjata-senjata pertahanan terkini dan ia termasuk senjata yang mempunyai kemampuan jarak sederhana,” kata beliau selepas sidang media bersama dengan Komander Tentera Amerika Syarikat di Indo-Pasifik Samuel Paparo di bandar Baguio di utara Filipina.

Kedua-dua angkatan tentera Filipina dan Amerika Syarikat sedang bersiap-sedia untuk melaksanakan latihan ketenteraan terbesar pada tahun ini menurut Paparo dan menambah kerjasama pertahanan kedua-dua negara akan dipertingkatkan bagi menangani China.

Filipina
Pelancaran sistem peluru berpandu “Typhon”

 

Pada April lepas, tentera Amerika Syarikat telah menempatkan sistem peluru berpandu jarak sederhana di utara Filipina semasa latihan bersama sehingga membangkitkan kemarahan China yang menyatakan kehadiran peluru berpandu itu meningkatkan risiko terjadinya peperangan di antara kedua-dua negara dan di rantau.

Peluru berpandu jarak sederhana “Typhon” milik Amerika Syarikat itu yang masih lagi berada di Filipina sehingga kini, tidak dilancarkan pada latihan bersama pada April lalu.

Kehadirannya di bumi Filipina adalah untuk menunjukkan kemampuan tentera Amerika Syarikat untuk memindahkan sistem peluru berpandu itu ke negara Asia Tenggara itu menggunakan aset udara.

Sebelum ini, Manila telah mengumumkan perancangannya untuk membelanjakan US$33 bilion untuk memodenkan dan meningkatkan kemampuan angkatan tenteranya termasuk kemungkinan memperolehi 40 buah pesawat pejuang .

Menurutya beberapa negara telah pun mengemukakan bidaan untuk pesawat pejuang terbarunya.

HIMARS
Presiden Filipina “Bong Bong” Marcos ketika merasmikan latihan Balikatan bersama tentera Amerika Syarikat 2023.

 

Filipina menurut pemerhati tentera serantau adalah semakin hampir untuk membuat keputusan perolehan pesawat pejuang MRCA (Muti Role Combat Aircraft).

Pesawat pejuang KF-21 “ Boramae dilaporkan turut menyertai persaingan untuk membekalkan pesawat Pejuang Pelbagai Guna (Multi Role Fighter Program – MRF) untuk Tentera Udara Filipina bersama-sama F-16 buatan Amerika Syarikat dan JAS39 Gripen buatan Sweden, menjadikannya ia kini persaingan tiga penjuru.

Pada tahun 2021, Amerika Syarikat telah meluluskan potensi penjualan 12 buah  varian terkini pesawat pejuang F-16 kepada Filipina, tetapi urusan pembelian itu tertangguh sehingga kini akibat kekangan kewangan dihadapi oleh Manila yang menganggap harga yang ditawarkan oleh Washington itu “terlalu mahal.”

Potensi penjualan 10 buah pesawat F-16C Block 70/72 dan dua buah F-16D Block 70/72 yang dibangunkan oleh Lockheed Martin bernilai US$2.5 bilion (RM11.25 bilion).

Berikutan harga varian terkini pesawat pejuang F-16 yang ditawarkan oleh Amerika Syarikat itu adalah terlalu mahal dan di luar “kemampuan” Filipina, maka negara Asia Tenggara itu sedang mencari jalan alternatif untuk mendapatkan pesawat-pesawat pejuang baru untuk tentera udaranya.

FA-50
Pesawat-pesawat FA-50 Filipina dan F-22 Amerika.

 

Disebabkan harga pesawat-pesawat pejuang F-16 yang ditawarkan oleh Amerika Syarikat itu adalah terlalu mahal dan diluar kemampuan Manila, maka Sweden telah menawarkan pesawat pejuang JAS39 Gripen.

Disebabkan harga pesawat-pesawat pejuang F-16 yang ditawarkan oleh Amerika Syarikat itu adalah terlalu mahal dan diluar kemampuan Manila, maka Sweden telah menawarkan pesawat pejuang JAS39 Gripen.

Pada ketika ini, pesawat pejuang JAS39 Gripen dilaporkan berada di hadapan persaingan untuk memenuhi keperluan Filipina. — DSA

Comments
Loading...