Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Filipina Dan Jepun Bakal Adakan Latihan Udara Bersama Buat Pertama Kali

Kedutaan Jepun di Manila dalam satu kenyataan berkata, latihan udara antara kedua-dua negara itu melambangkan hubungan pertahanan yang semakin erat antara Manila dan Tokyo.

0 833

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Udara Jepun dan Filipina akan mengadakan latihan bersama julung-julung kalinya antara kedua-dua negara, tindakan yang bakal mengundang reaksi negatif daripada China.

Kedutaan Jepun di Manila dalam satu kenyataan berkata, latihan udara antara kedua-dua negara itu melambangkan hubungan pertahanan yang semakin erat antara Manila dan Tokyo.

Latihan udara bersama yang melibatkan penerbangan kemanusiaan dan bencana itu adalah suatu detik yang bersejarah bagi hubungan kerjasama antara kedua-dua negara dan bakal dilaksanakan di Pangkalan Udara Clark bermula daripada 5 hingga 8 Julai.

Pangkalan Udara Clark itu terletak di utara Filipina.

Latihan udara bersama itu akan melibatkan pesawat pengangkut C-130H Tentera Udara Jepun serta kakitangan pangkalan untuk menerima bekalan kemanusian yang dihantar oleh kerajaan di Tokyo.

“Jepun dan Filipina adalah dua negara yang sering ditimpa bencana, banyak yang boleh berkongsi bersama untuk menyelamatkan nyawa,” kata Mejar Mizuno Mazaki, unit komander di Tentera Udara Jepun (dipanggil Japan Air Self Defense Force) dalam satu kenyataan.

Jepun dan Manila merupakan sekutu Amerika Syarikat di Pasifik, yang kritikal terhadap tingkah laku China di Laut China Selatan dan Laut China Timur.

Kedua-dua negara sebenarnya telah menandatangani perjanjian bersama pertahanan pada 2015 dan sejak daripada itu kedua-dua angkatan tentera telah melaksanakan 17 latihan bersama terutamanya membabitkan aset-aset laut.

Selain daripada itu juga, Jepun telah menjual sistem radar pertahanan udaran kepada Filipina baru-baru yang dianggarkan bernilai kira-kira US$120 juta, bertujuan meningkatkan lagi kemampuan tentera udara Filipina dalam menjaga ruang udaranya daripada sebarang pencerobohan.

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...