Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

China Persiap FC-31/J-35 Untuk Operasi Kapal Pengangkut Pesawat

Pesawat FC-31 yang rekabentuknya mirip kepada pesawat F-35 buatan firma Lockheed Martin dibangunkan oleh syarikat Shenyang Aircraft Corporation  (FAC)  dan dijangka beroperasi bersama pesawat pejuang  J-15 untuk operasi di kapal pengangkut pesawat ke-4 China yang sedang dibina pada ketika ini.

0 2,453

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Diketepikan oleh Tentera Laut dan Tentera Udara China, pesawat gen-5 kedua negara itu yang diberi nama “FC-31” atau “J-35” sedang dipersiapkan untuk beroperasi di atas kapal pengangkut pesawat ke-empat negara itu yang sedang dibina pada ketika ini.

Pesawat FC-31 yang rekabentuknya mirip kepada pesawat F-35 buatan firma Lockheed Martin dibangunkan oleh syarikat Shenyang Aircraft Corporation  (FAC)  dan dijangka beroperasi bersama pesawat pejuang  J-15 untuk operasi di kapal pengangkut pesawat ke-4 China itu.

Pesawat halimunan kedua China selepas J-20 “Mighty Dragon” itu sepatutnya hanya untuk pasaran eksport tetapi selepas gagal mendapat sebarang pesanan eksport dan ditolak oleh Tentera Udara dan Tentera Laut negara itu, kini Beijing mahu menggunakan pesawat itu untuk mencabar F-35 Amerika Syarikat yang beroperasi daripada kapal-kapal pengangkut.

FC-31
Pesawat FC-31 untuk operasi kapal pengangkut pesawat China ke-4.

 

Menurut ketua pereka pesawat FC-31, Sun Chong, walaupun pesawat itu mempunyai prestasi yang lebih baik daripada pesaingnya daripada Amerika Syarikat, namun ia tetap mempunyai kelemahan.

“Secara asasnya, model pesawat itu memenuhi jangkaan kami,” katanya kepada media negara itu baru-baru ini.

Ketegangan yang semakin meningkat dengan Amerika Syarikat dan sekutunya di Indo-Pasifik telah memaksa China untuk memajukan pesawat FC-31 supaya menjadi pesawat gen-5 kedua negara itu selepas J-20 dan memberikannya peranan yang baru.

FC-31
Pesawat Shenyang FC-31

 

Baru-baru ini, imej terbaru pesawat FC-31 telah dikeluarkan di media-media sosial China menunjukkan beberapa perubahan rekabentuk berbanding imej pesawat yang dikeluarkan pada tahun lepas.

Antara perubahan yang paling utama adalah pesawat FC-31 kini memiliki “foldable wings” bagi membolehkan pesawat itu dimuatkan ke dalam kapal pengangkut pesawat.

Walauapapun, pesawat-pesawat FC-31 dan J-20 dijangka akan beroperasi bersama-sama di Indo-Pasifik bagi mencabar kehadiran pesawat F-35 dan pesawat-pesawat lain daripada Amerika Syarikat dan sekutunya seperti Super Hornet, Rafale, Raptor (land-based) dan lain-lain lagi. 

Pesawat FC-31 berkemampuan membawa sehingga empat peluru berpandu udara-ke-udara jarak sederhana PL-15 di dalam internal weapon bays dan dua peluru berpandu udara-ke-udara jarak dekat PL-10 di hardpoints untuk dogfights (pertempuran udara).

FC-31
FC-31

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Pesawat ini menggunakan enjin WS-13, yang merupakan enjin yang dibuat oleh China daripada enjin turbofan RD-93 (WS-31)  buatan Russia. 

Pihak Barat mendakwa China menggunakan aktiviti godaman (hacking) untuk mencuri teknologi aeroangkasa terutamanya daripada Amerika Syarikat untuk membangunkan pesawat FC-31 dan J-20.

FC-31 adalah pesawat pejuang generasi kelima satu tempat duduk, dua enjin, pesawat pejuang bersaiz-sederhana (medium-sized fighter jet) dengan kemampuan halimunan yang ampuh serta kos yang kompetitif.— DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore
Comments
Loading...