Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Iran Dedah Varian Terbaru Peluru Berpandu Hypersonik “Fattah II” Dengan HGV

Varian terbaru peluru berpandu hypersonik “Fattah II” milik Iran itu didakwa dilengkapi dengan Hypersonik Glide Vehicle (HGV) yang akan memastikannya mencapai kelajuan maksimum iaitu Mach 15 hingga Mach 20  serta kemampuan membedil sasaran sejauh lebih daripada 1,400km.

0 5,766

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Iran telah mendedahkan varian terkini peluru berpandu hypersonik miliknya dipanggil “Fattah II”, yang didakwa memiliki kelajuan amat tinggi sehingga Mach 15-Mach 20 serta berkemampuan mengatasi kesemua sistem pertahanan udara anti-ballistik milik Amerika Syarikat dan Israel.

Peluru berpandu hypersonik dengan kemampuan terbaru itu didedahkan ketika lawatan pemimpin tertinggi Iran Ali Khamenei di sebuah kemudahan pembuatan peluru berpandu negara itu di Ashura Aerospace Science and Technology University.

Varian terbaru peluru berpandu hypersonik “Fattah II” milik Iran itu didakwa dilengkapi dengan Hypersonik Glide Vehicle (HGV) yang akan memastikannya mencapai kelajuan maksimum iaitu Mach 15 hingga Mach 20  serta kemampuan membedil sasaran sejauh lebih daripada 1,400km.

Bagaimanapun laporan daripada Teheran mendakwa negara Parsi itu sedang berusaha meningkatkan jarak kemampuan bedilan peluru berpandu itu kepada 2,000km bagi membolehkannya membedil Israel.

Iran tidak memberikan maklumat lanjut tentang varian terbaru peluru berpandu hypersonik “Fattah II” miliknya itu.

Fattah
Iran “Fattah I” tanpa HGV

 

Negara Parsi itu mendedahkan peluru berpandu hypersoniknya yang pertama itu pada Jun lepas yang didakwanya berkemampuan membedil Israel di dalam tempoh di antara enam hingga tujuh minit sahaja.

Varian terbaru “Fattah II” dengan kemampuan HGV akan membolehkan Iran membedil Israel dengan tempoh yang lebih singkat disebabkan kelajuan peluru berpandu hypersonic itu yang memiliki Radar Cross Section (RCS) yang minimal.

Pemerhati ketenteraan serantau menyatakan bahawa pembangunan peluru berpandu hypersonik “Fattah” itu akan meningkatkan lagi kebimbangan Amerika Syarikat dan Israel terhadap kemampuan teknologi peluru berpandu yang dimiliki oleh Teheran.

Setakat ini,hanya Amerika Syarikat, Russia,Korea Utara dan China diketahui berkemampuan membangunkan peluru berpandu hypersonik.

Sejak daripada tahun lepas, Kor Pengawal Revolusi Iran telah menyatakan bahawa ia sedang membangunkan peluru berpandu hypersonik, yang merupakan suatu “lonjakan generasi” bagi teknologi peluru berpandu negara itu.

Fattah

Kheibar
Peluru berpandu ballistik terbaru Iran “Kheibar”

 

“Peluru berpandu hypersonik Fattah tidak boleh dimusnahkan oleh peluru berpandu lain,berikutan cara ia bergerak di kedudukan dan altitud yang berlainan,” menurur seorang pegawai kanan kor pengawal revolusi itu.

Pengenalan peluru berpandu hypersonik “Fattah” menyusul pelancaran peluru berpandu balistik Iran pada bulan Mei,yang mengundang kritikan dan kecaman daripada negara-negara Barat terutamanya Amerika Syarikat serta sekutu utamanya Israel.

Dipanggil “Kheibar”, peluru berpandu balistik generasi ke-empat Iran itu berkemampuan membedil sasaran sejauh 2,000 km dan boleh mengenai  sasaran di Israel.

Ia juga boleh membawa kepada peledak konvesional seberat 1,500 kilogram kata pegawai tentera Iran sambil menambah bahawa “Kheibar” boleh meluncur selaju Mach 15 di luar atmosfera dan Mach 8 di dalam atmosfera. — DSA

KAAN

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...