Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Peluru Berpandu Anti-Kapal P-800 Oniks Milik Hezbollah Sasar Kapal Perang Amerika

Sumber-sumber itu mendedahkan bahawa kumpulan Hezbollah kini dilengkapi dengan peluru berpandu P-800 Oniks (varian eksport Yakhont) buatan Russia yang bukan sahaja berkelajuan supersonik pada Mach 2.5 tetapi boleh membedil kapal-kapal “musuh” pada jarak 300km jauhnya.

0 1,743

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Baru-baru ini, ketua Hezbollah Sheikh Hassan Nasrallah memberi amaran kepada Amerika Syarikat bahawa kumpulan bersenjata itu memiliki “sesuatu” untuk kapal-kapal perang negara itu yang dikerah ke rantau Timur Tengah untuk “melindungi” Israel.

Nasrallah tidak menyatakan dengan jelas apa yang dimaksudkannya itu, tetapi sumber-sumber di Lubnan menyatakan kumpulan Hezbollah itu kini memiliki kemampuan peluru berpandu anti-kapal yang jauh lebih baik berbanding sebelumnya.

Sebelum ini, Hezbollah menggunakan peluru berpandu anti-kapal buatan China yang diperolehinya daripada Iran.

Ketua Hezbollah itu menyatakan bahawa kehadiran kapal-kapal perang Amerika Syarikat itu termasuk kapal pengangkut pesawat USS Gerald R.Ford dan USS Dwight D.Eisenhower serta kapal pengiringnya ke perairan di timur Mediterranean tidak jauh daripada Israel, “tidak pernah menakutkannya.”

“Kita telah menyediakan sesuatu untuk kapal-kapal perang yang mengancam kami,” kata beliau dalam ucapan baru-baru ini.

Oniks
P-800 Oniks/Yakhont

 

Sejak tahun 2006, kemampuan anti-kapal kumpulan Hezbollah telah meningkat berlipatkali ganda, tidak lama selepas ia berjaya membedil sebuah kapal korvet kelas Sa’ar milik Tentera Laut Israel “ INS Hanit” yang sedang menguatkuasakan sekatan di luar perairan Lubnan.

Pada ketika  itu, Hezbollah menggunakan peluru berpandu anti-kapal subsonik C-802 buatan China yang diperolehinya daripada Iran untuk membedil kapal perang Israel itu.

Sumber-sumber itu mendedahkan bahawa kumpulan Hezbollah kini dilengkapi dengan peluru berpandu P-800 Oniks (varian eksport Yakhont) buatan Russia yang bukan sahaja berkelajuan supersonik pada Mach 2.5 tetapi boleh membedil kapal-kapal “musuh” pada jarak 300km jauhnya.

Kumpulan Hezbollah dipercayai memperolehi peluru-peluru berpandu anti-kapal buatan Russia itu daripada Syria yang dibekalkan oleh Russia semasa peperangan saudara di negara itu kira-kira 10 tahun yang lepas.

Moscow menyatakan bahawa ia telah memindahkan peluru berpandu kruis anti-kapal kepada Damsyik pada 2010.

Oniks

Oniks

Bagaimanapun kumpulan bersenjata Lubnan itu tidak pernah mengesahkan bahawa ia kini memiliki peluru berpandu anti-kapal P-800 Oniks.

Sementara itu sumber-sumber Amerika Syarikat juga menyatakan bahawa Hezbollah memiliki pelbagai jenis senjata termasuk peluru berpandu anti-kapal yang boleh digunakan terhadap Amerika Syarikat dan Israel.

“Kita (Amerika Syarikat) sememangnya memberikan perhatian yang berat terhadap perkara itu (kemampuan Hezbollah),” kata sumber itu kepada agensi berita antarabangsa, Reuters.

Peluru berpandu anti-kapal P-800 Oniks terbang pada altitude rendah (sea skimming) iaitu hanya 10 hingga 15 meter daripada permukaan bagi membolehkan ia mengabui daripada dikesan oleh radar.

Peluru berpandu anti-kapal itu mula dibangunkan pada 1993 tetapi mempunyai beberapa varian yang telah dinaiktaraf bagi menjadikannya lebih berbahaya dan sukar dipintas. — DSA

KAAN

 

Comments
Loading...