Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

ATM Hantar Anggota, Pakar Perubatan Operasi Hospital Medan Di Turkiye

Pasukan perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berserta kelengkapan seberat 44 tan untuk membina Hospital Medan akan diterbangkan ke Turkiye menggunakan pesawat pengangkut strategik A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) awal pagi esok.

0 1,206

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membina Hospital Medan di lokasi belum ditentukan lagi di Turkiye bagi membantu mangsa kejadian gempa bumi di negara itu,yang sehingga kini telah mengorbankan hampir 20,000 orang.

Bercakap kepada media selepas melawat Kem Lok Kawi hari ini, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pasukan perubatan ATM itu akan bertolak ke Turkiye awal pagi esok dan berada di negara dilanda bencana alam itu selama dua bulan.

Pasukan perubatan ATM berserta kelengkapan seberat 44 tan itu akan diterbangkan ke Turkiye menggunakan pesawat pengangkut strategik A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) awal pagi esok.

Menurutnya lagi,, Hospital Medan ATM itu akan diwujudkan oleh Kor Kesihatan Diraja (KKD) dan dioperasi oleh 106 anggota bersama-sama 41 orang doktor perubatan.

Lokasi Hospital Medan ATM itu akan ditentukan oleh kerajaan Turkiye,katanya.

Turkiye

“Kita serahkan kepada negara Turkiye untuk letak dimana kesesuaian anggota perubatan kita bagi membina dan mengurus operasi hospital medan ini, sepertimana yang pernah kita buat semasa Covid-19 melanda negara dahulu,” katanya.

Hospital Medan ATM itu akan memiliki kemudahan dewan bedah bagi melakukan pembedahan serta katil-katil untuk kes-kes kecemasan.

Beliua berkata, pasukan perubatan ATM yang akan berada di Turkiye perlu berdikari kerana negara hos mereka sedang berada di dalam keadaan kesusahan akibat kejadian gempa bumi itu.

Selain itu beliau turut menasihatkan anggota yang akan bertolak ke Turkiye itu untuk sentiasa berhati-hati berikutan gempa bumi susulan yang masih berlaku di negara itu.

apps

JOM DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Mohamad berkata, keputusan untuk mewujudkan Hospital Medan ATM di Turkiye dibuat selepas mendapat permohonan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara dan Kedutaan Turkiye di Malaysia.

Selain itu, beliau juga berkata bahawa ATM 60 orang anggota untuk terlibat dalam kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa kejadian gempa bumi di Turkiye, dengan penghantaran anggota itu dilakukan dalam tempoh 48 jam daripada sekarang.

Turkiye dilanda gempa bumi berukuran 7.8 magnitud skala Richter pada 4.17 pagi Isnin ketika penduduknya sedang nyenyak tidur.  — DSA

Comments
Loading...