Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

KAI Tambah Kemudahan Pengeluaran FA-50, Tampung Peningkatan Pesanan Pelanggan

Syarikat Korea Aerospace Industries (KAI) bercadang membina dua lagi production line (jalur pengeluaran) bagi menampung peningkatan pesanan yang diterima oleh syarikat bagi pesawat pejuang itu daripada beberapa negara.

0 3,546

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Berikutan peningkatan pesanan untuk pesawat pejuang ringan FA-50 Fighting Eagle daripada beberapa negara, syarikat Korea Aerospace Industries (KAI) merancang untuk menambah kemudahan pembuatan pesawat itu pada tahun depan.

Ia bercadang membina dua lagi production line (jalur pengeluaran) bagi menampung peningkatan pesanan yang diterima oleh syarikat bagi pesawat pejuang itu daripada beberapa negara.

“Korea Aerospace Industries (KAI) Korea Selatan merancang untuk meningkatkan kapasiti pembuatan FA-50 Fighting Eagle dengan membina dua lagi jalur pengeluaran pada tahun 2024FA-50

“Langkah ini bertujuan untuk memenuhi permintaan yang tinggi untuk pesawat tempur ringan terbabit. Banyak pelanggan berpotensi sedang mempertimbangkan Fighting Eagle kerana harga yang kompetitif dan jangka masa penghantaran yang cepat,” menurut laporan media tempatan Korea Selatan.

Kemudahan pengeluaran KAI kini sedang memasang pesawat-pesawat FA-50 untuk Poland dan Thailand serta prototaip KF-21 Boramae yang keenam.

Tahun lepas, Poland menandatangani kontrak dengan KAI untuk memperolehi 48 buah pesawat FA-50 manakala Thailand pula membeli dua pesawat tambahan T-50, sekaligus membawa pesawat T-50 yang dimilikinya pada ketika ini kepada 14 buah. 

Pada Februari lalu, Kementerian Pertahanan telah menandatangani Surat Niat (Letter of Intent) dengan KAI untuk memperolehi 18 buah pesawat pejuang ringan FA-50 Block 20 bernilai kira-kira RM4 bilion.

Kontrak perolehan di antara Kementerian Pertahanan dan KAI dijangka ditandatangani semasa pameran LIMA 2023 di Langkawi bermula 23 hingga 27 Mei ini.

FA-50

Selain Malaysia dan Thailand, pesawat T-50/FA-50 buatan KAI turut digunakan oleh tentera udara Filipina dan Indonesia.

Menurut laporan media tempatan Korea Selatan lagi, strategi syarikat aeroangkasa Korea Selatan itu adalah untuk meningkatkan jualan di Eropah, Asia, Timur Tengah dan bahkan Amerika Syarikat.

 Setelah kejayaan baru-baru ini di Poland, Thailand, dan Malaysia, syarikat Korea Selatan itu dikatakan mensasarkan Amerika Syarikat sebagai pelanggan utama seterusnya.

 KAI berharap untuk memperolehi kontrak besar dari Tentera Udara Amerika Syarikat dan Tentera Laut Amerika Syarikat untuk kira-kira 500 buah pesawat FA-50 Fighting Eagles.

 Tentera Udara Amerika Syarikat sebelum ini telah memilih T-7A Red Hawk yang dibangunkan oleh Boeing dan Saab.

FA-50
Pesawat FA-50 Tentera Udara Filipina

 

Walau bagaimanapun, KAI masih optimistik bahawa ia memenangi kontrak kerana pembangunan pesawat T-7A Rad Hawk itu telah beberapa kali mengalami kelewatan dan peningkatan kos yang berterusan.

Tentera Laut Amerika Syarikat juga telah mengeluarkan permintaan untuk maklumat (Request For Information) untuk program penggantian pesawat T-45 Goshawk, yang memberikan penekanan yang besar kepada jangka masa penghantaran.

Awalnya dibangunkan untuk Tentera Udara Republik Korea, pesawat FA-50 mempunyai kokpit kaca tandem yang dapat membawa dua anggota krew. — DSA

APPPS

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...