Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

F-35B S’pura Ditempatkan Di Amerika Untuk Latihan

Selain pesawat-pesawat F-35B dan F-16 republik jiran Malaysia itu, pesawat F-15SG miliknya turut ditempatkan di Pangkalan Tentera Udara Amerika Mountain Home di Idaho manakala beberapa helikopter penyerang AH-64 Apache miliknya pula berada di Marana, Arizona.

1,840

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Lapan buah pesawat F-35B (Short Take Off and Vertical Landing -STOVL) yang bakal dimiliki oleh Tentera Udara Singapura bakal ditempatkan di pangkalan Ebbing Air National Guard di Fort Smith, Arkansas bersama-sama pesawat pejuang F-16C/D republik jiran Malaysia itu bagi tujuan latihan.

Keputusan itu dibuat oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat selepas berunding dengan Kementerian Pertahanan Singapura.

Pesawat pejuang F-16  Singapura yang berada di Amerika Syarikat untuk tujuan latihan itu dipindahkan ke pangkalan Ebbing Air National Guard di Fort Smith daripada penempatannnya ketika ini iaitu pangkalan tentera udara Luke yang terletak di Arizona.

F-16
Pesawat F-16 Singapura di salah sebuah pangkalan udara negara itu.

 

Pangkalan Selfridge Air National di bandar Harrison pula diletakkan sebagai pangkalan alternatif.

Sementara itu, pesawat pejuang F-15SG milik tentera udara republik itu pula turut ditempatkan di Pangkalan Tentera Udara Mountain Home di Idaho manakala beberapa helikopter penyerang AH-64 Apache milik Singapura pula berada di Marana, Arizona untuk tujuan latihan.

Tentera Udara Singapura dijangka akan mula menerima empat buah pesawat F-35B daripada varian Short Take Off and Vertical Landing (STOVL) pada 2026 manakala lapan lagi pesawat selebihnya dijangka diterima beberapa tahun selepas itu.

“Kajian kesan alam sekitar akan dilakukan untuk menilai keberkesanan lokasi (di Amerika Syarikat itu) sebelum keputusan akhir diambil,” menurut Kementerian Pertahanan Singapura dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Singapura
Pesawat F-15SG Tentera Udara Singapura

 

Varian pesawat F-35B STOVL yang dibeli oleh Singapura ini hanya memerlukan landasan yang amat pendek iaitu hanya kira-kira 550 kaki panjang bagi membolehkan pesawat pejuang generasi kelima itu berlepas manakala untuk mendarat pula ia boleh dilakukan secara vertical.

12 buah pesawat F-35B yang diperolehi oleh Singapura itu agak mahal harganya disebabkan keistimewaan STOVL itu, dengan harga per-unit pesawat itu adalah dianggarkan di sekitar US$110 juta (RM440 juta sebuah).

Harga F-35B itu adalah agak tinggi berbanding dengan harga per-unit bagi varian F-35A yang memerlukan landasan konvensional untuk berlepas dan mendarat.

Harga per-unit varian F-35A adalah dianggarkan sebanyak US$80 juta (RM320 juta).

F-35B

Penempatan kedua-dua pesawat F-35B dan F-16 Singapura di satu lokasi pangkalan udara yang sama bertujuan untuk memaksimumkan peluang-peluang latihan bersepadu antara kedua jenis pesawat pejuang itu.

Tentera Udara Singapura juga mahu meningkatkan lagi latihan-latihan bersama dengan pesawat generasi kelima  milik Tentera Udara Amerika Syarikat dan juga Kor Marin negara itu.

Apache
Helikopter penyerang Apache Singapura

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

“Latihan-latihan di luar negara adalah amat penting kepada Tentera Udara Singapura dalam usahanya mengatasi kekangan ruang udara negara itu bagi membolehkan ia untuk melaksanakan latihan yang realistik,” kata Tentera Udara Singapura.

Tentera Udara Singapura mula menempatkan pesawat-pesawat F-16 miliknya di pangkalan udara di Amerika Syarikat sejak 1992 untuk tujuan latihan. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

Comments are closed.