Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pentagon Bekalkan “Fail Data Misi” Pada Israel, Bantu F-35I “Adir” Yahudi Serang Palestin

Sejak penubuhan negara haram Israel pada 1948, Amerika Syarikat dilaporkan telah membekalkan pelbagai jenis sistem persenjataan kepada negara Yahudi itu yang dianggarkan bernilai US$130 bilion (RM585 bilion) bertujuan memperkuatkan tenteranya bagi berhadapan dengan negara-negara Arab yang mengelilinginya

0 6,769

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat dilapor telah memberikan kepada Israel “fail-fail data misi” mengandungi maklumat terperinci tentang sasaran-sasaran di Semenanjung Gaza bagi membantu pesawat-pesawat F-35 digunakan tentera udara negara Yahudi itu.

Pesawat F-35 buatan syarikat Lockheed Martin itu turut digunakan oleh Tentera Udara Israel dengan beberapa naiktaraf teknikal unik berbanding pesawat F-35 digunakan negara lain dan dinamakan F-35I“Adir.”

“Berikutan konflik yang tercetus dengan Hamas pada 7 Oktober yang lalu, Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat telah memberikan ‘fail-fail data misi’ (mission data files) kepada Israel, “ menurut ketua perolehan Pentagon Bill LaPlante.

“Fail-fail data misi” disifatkan sebagai “otak” kepada pesawat-pesawat pejuang, mengandungi data-data yang terperinci dan menyeluruh berkenaan ancaman dan sasaran yang perlu ditanganinya.

Pegawai-pegawai kanan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat juga menyatakan bahawa pegawai-pegawainya juga telah menambah beberapa “kemampuan” yang ia tidak dedahkan kepada pesawat-pesawat F-35 di dalam tempoh yang pendek.

F-35 Adir
Pesawat pejuang F-35I “Adir” Israel

 

“Joint Program Office (JPO) F-35 telah bergerak dengan pantas untuk menyokong rakan dan sekutu paling rapat dengan Amerika Syarikat di Timur Tengah iaitu Israel. Mereka (JPO) berbuat demikian dengan mempercepatkan kemampuan persenjataan dan bekalan alat ganti F-35,” kata perwakilan Virginia, Rob Wittman sebagaimana dipetik oleh media pertahanan negara itu.

Pada Julai lalu, Israel mengesahkan ia bersetuju untuk membelanjakan US$3 bilion (RM13.5 bilion) untuk menambah 25 lagi buah pesawat pejuang F-35 kedalam tentera udaranya, menjadikan keseluruhan pesawat pejuang generasi kelima yang bakal dimilikinya kepada 75 buah.

Pada ketika ini, bilangan pesawat F-35I “Adir” yang sudah pun dimiliki oleh Tentera Udara Israel adalah 50 buah.

Israel adalah satu-satunya pengguna F-35 yang diberikan kebenaran oleh Amerika Syarikat untuk mengubahsuai pesawat pejuang itu bagi bersesuaian dengan keperluannnya.

Menurut Kementerian Pertahanan Pertahanan Israel, Amerika Syarikat kekal menjadi negara yang paling banyak menghulurkan bantuan ketenteraan kepada negara Yahudi itu dalam konfliknya dengan pejuang-pejuang Palestin di Semenanjung Gaza pada ketika ini.

Israel
Antara kenderaan perisai dibekalkan kepada Israel oleh Amerika Syarikat.

 

Israel

Kementerian itu berkata, sejak tercetusnya konflik pada 7 Oktober lalu, Amerika Syarikat telah menghantar 10,000 tan senjata kepada Israel.

Di dalam tempoh tiga bulan konflik di Gaza, sejumlah 200 penerbangan pesawat-pesawat kargo tentera Amerika Syarikat telah mendarat di Israel membawa pelbagai jenis bom dan peluru-peluru berpandu untuk membantu tentera Israel dalam serangan kejamnya terhadap penduduk Palestin.

Ia tidak termasuk kapal-kapal kargo yang membawa bekalan kepada Israel termasuk kenderaan berperisai, peluru dan juga bekalan perubatan daripada pelbagai pelabuhan di Amerika Syarikat.

Antara bekalan persenjatan penting yang dihulurkan oleh Amerika Syarikat adalah peluru-peluru berpandu “Tamir” yang digunakan oleh sistem pertahanan udara “Iron Dome” Israel serta 2,000 butir bom “bunker buster” untuk menembusi kubu-kubu bawah tanah pejuang Palestin di Semenanjung Gaza.

Sejak penubuhan negara haram Israel pada 1948, Amerika Syarikat dilaporkan telah membekalkan pelbagai jenis sistem persenjataan kepada negara Yahudi itu yang dianggarkan bernilai US$130 bilion (RM585 bilion) bertujuan memperkuatkan tenteranya bagi berhadapan dengan negara-negara Arab yang mengelilinginya.

Kempen ketenteraan kejam Israel di Semenanjung Gaza, menggunakan senjata dan bom dibekalkan oleh Amerika Syarikat telah mengorbankan hampir 19,000 penduduk Palestin kebanyakkannya wanita dan kanak-kanak.– DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

To advertise contact: lulwabyadah@gmail.com

 

Comments
Loading...