Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Amerika Ditertawa Minta “Bayaran Sewa” Kerana Simpan Pesawat F-35 Turki

Turki sepatutnya memperolehi 100 buah pesawat F-35 buatan syarikat Lockheed Martin itu, tetapi Washington bertindak "mengeluarkan" negara Mediterranean itu daripada program pembangunan pesawat terbabit selepas Ankara bertindak meneruskan hasratnya dengan memperolehi S-400.

0 10,562

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Amerika Syarikat dikatakan telah meminta Turki untuk membayar sewa terhadap beberapa pesawat F-35 Lightning II miliknya yang kini disimpan di hangar di negara itu, selepas Ankara dikeluarkan daripada program pembangunan pesawat pejuang generasi kelima itu oleh Washington selepas ia bertindak membeli sistem pertahanan udara S-400 daripada Russia.

Turki sepatutnya memperolehi 100 buah pesawat F-35 buatan syarikat Lockheed Martin itu, tetapi Washington bertindak “mengeluarkan” negara Mediterranean itu daripada program pembangunan pesawat terbabit selepas Ankara bertindak meneruskan hasratnya dengan memperolehi S-400.

Sebagai negara anggota penting NATO, Turki diberikan “keutamaan” dalam perolehan pesawat generasi kelima itu.

Malah Ankara telah membayar “wang pendahuluan” sebanyak US$1.4 bilion (RM5.4 bilion) kepada Amerika Syarikat untuk menyertai program pembangunan pesawat itu.

Sebagai negara peserta program pembangunan pesawat itu, beberapa syarikat pertahanan Turki turut terlibat dalam pembinaan sub-sistem penting pesawat itu, dengan kemudahan pembinaan pesawat itu turut dibina di negara Mediterranean itu.

British

Media-media negara Mediterranean menganggap tuntutan untuk “bayaran sewa” oleh Amerika Syarikat kerana bertindak menyimpan pesawat F-35 Turki di dalam hangar di negara “Uncle Sam” itu sebagai sesuatu yang amat pelik dan “kelakar”.

Ia adalah kerana mereka berpendapat Amerika Syarikat merupakan pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan Turki daripada program pembangunan pesawat pejuang F-35 itu dan bukannya pihak Turki.

Apa yang memelikkan media-media Turki adalah Greek yang merupakan musuh tradisi Turki turut memiliki sistem pertahanan udara buatan Russia iaitu S-300 tetapi tidak diambil tindakan oleh Washington.

Malah pentadbiran Presiden Jo Biden kini sedang berusaha untuk menjual pesawat F-35 kepada Greek, dalam tindakan yang dianggap sebagai mempermain-mainkan perasaan rakyat Turki.

Greek juga merupakan negara anggota NATO.

S-400
S-400

 

Ankara mengambil keputusan memperolehi sistem pertahanan udara S-400 buatan Russia selepas permintaannya untuk memperolehi sistem pertahanan udara “Patriot” buatan Amerika Syarikat ditolak oleh Washington.

Pentadbiran Presiden Reccep Tayyep Edrogan telah beberapa kali meminta supaya Amerika Syarikat memulangkan semula wang pendahuluan berjumlah US$1.4 bilion (RM5.4 bilion) yang telah dibayarnya untuk pesawat F-35 atau diberikan produk pertahanan yang lain, tetapi tidak dilayan oleh Washington.

Amerika Syarikat bimbang Russia akan menggunakan sistem pertahanan udara S-400 yang dibekalkannya kepada Turki dan diintergrasikan dengan sistem pertahanan udara NATO untuk mengintip maklumat-maklumat sensitif tentang keupayaan pesawat F-35.

Turki bukan sekadar dikeluarkan daripada program pembangunan pesawat F-35 tetapi negara anggota NATO itu juga berhadapan kesukaran untuk memperolehi kit-kit pembangunan untuk pesawat-pesawat F-16 miliknya daripada Amerika Syarikat.

F-16
Pesawat F-16 Turki

 

Ia juga sehingga kini dihalang daripada meneruskan pembelian varian terbaru pesawat 40 buah F-16 Block 70 oleh Kongres Amerika Syarikat.

Pada 2021, Ankara telah mengemukakan permohonan kepada Amerika Syarikat untuk membeli 40 buah pesawat F-16 Block 70 dan 80 kit permodenan pesawat F-16 sedia ada yang dianggarkan bernilai US$6 bilion (RM24 bilion).

Turki memiliki kira-kira 250 buah pesawat F-16, dengan sebahagian besar daripada dibina secara berlesen oleh industri pertahanan Turki. — DSA

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

 

 

 

Comments
Loading...