Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

F-22 “Raptor” Dikerah Sekali Lagi Tembak Jatuh Objek “Misteri” Di Alaska

Dalam kejadian kedua di dalam tempoh seminggu, pesawat pejuang F-22 Raptor Tentera Udara Amerika Syarikat telah melancarkan peluru berpandu udara-ke-udara AIM-9X untuk menembak jatuh objek tidak dikenali bersaiz sebuah kereta kecil yang berada pada ketinggian 40,000 kali di ruang udara Alaska.

0 3,253

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kira-kira seminggu selepas menembak jatuh belon pengintip China, pesawat pejuang F-22 “Raptor” Tentera Udara Amerika Syarikat telah dikerah sekali lagi untuk menembak jatuh satu lagi objek altitud tinggi “misteri” di ruang udara Alaska pula.

Pesawat pejuang generasi kelima itu melancarkan peluru berpandu udara-ke-udara AIM-9X untuk menembak jatuh objek tidak dikenali bersaiz sebuah kereta kecil yang berada pada ketinggian 40,000 kali.

Objek itu ditembak jatuh kerana ia membahayakan penerbangan awam.

Presiden Amerika Syarikat Jo Biden telah memberikan arahan supaya objek tidak dikenali itu ditembak jatuh oleh pesawat pejuang negara itu.

Selepas mengesan dan menjejaki objek tidak dikenali itu (Unidentified Flying Object – UFO), pihak North American Aerospace Defense Command (NORAD) telah mengerah pesawat pejuang F-35 untuk mengenalpasti objek terbabit sebelum F-22 menembaknya jatuh.

Belon
Detik-detik belon pengintip milik China ditembak jatuh oleh pesawat F-22 di luar pantai North Carolina minggu lepas.

 

Sementara itu jurucakap Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, Brig Jen Pat Ryder mengatakan bahawa objek altitude yang ditembak jatuh itu adalah berlainan daripada belon pengintip milik China yang ditembak jatuh di luar pantai North Carolina minggu lepas.

Pada ketika ini menurut beliau, pihaknya tidak mempunyai maklumat lanjut berkenaan kemampuan, tujuan atau milik siapa objek altitud tinggi yang ditembak jatuh di Alaska itu.

Bagaimanapun katanya, saiznya adalah bersamaan dengan sebuah kereta kecil.

Kejadian beberapa jam lepas di ruang udara Alaska itu merupakan insiden kali kedua selepas pesawat F-22 “Raptor” itu menembak jatuh belon pengintip milik China minggu lepas.

Dalam kejadian minggu lepas, pesawat pejuang F-22 yang  berpengkalan di Pangkalan Udara Langley telah melancarkan peluru berpandu udara-ke-udara AIM-9X terhadap belon pengintip milik China itu ketika ia berada pada ketinggian 56,000 kaki.

Belon
Belon pengintip milik China.

 

Presiden Jo Biden dilapor mahukan belon pengintip itu ditembak jatuh lebih awal tetapi tindakan itu tidak dapat dilakukan kerana bimbang serpihan belon yang saiznya menyamai tiga buah bas akan mengancam kawasan penduduk.

Kehadiran belon “pengintip” itu telah meningkatkan ketegangan di antara Washington dan Beijing sehingga menyebabkan kunjungan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Anthony Blinken ke China pada bulan ini dibatalkan.

Kementerian Luar China membidas tindakan Amerika Syarikat itu dan mengatakan bahawa ia akan menegakkan hak dan kepentingan syarikat pemilik belon itu untuk bertindak balas terhadap apa yang dilakukan oleh Washington.

Ia juga mengatakan bahawa tindakan menembak jatuh belon itu adalah keterlaluan dan melanggar norma antarabangsa. — DSA

apps

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

 

Comments
Loading...