Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Arkitek Bangunan Runtuh Ditahan Pihak Berkuasa Turkiye, Cuba Tinggalkan Negara

Pihak berkuasa Turkiye dilaporkan turut merampas sejumlah besar wang tunai bersama-sama Mehmet Yasar Coskun yang juga merupakan pemilik syarikat “Antis Yapi” yang membina bangunan apartment mewah dinamakan  “Renaissance Residence” di Hatay, Turkiye itu.

0 5,211

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Ketua arkitek sebuah projek apartment mewah di Hatay di Turkiye yang runtuh ketika negara itu dilanda gempa bumi, telah ditahan oleh pihak berkuasa di sebuah lapangan terbang Istanbul ketika beliau cuba meninggalkan negara itu untuk ke Montenegro.

Pihak berkuasa Turkiye dilaporkan turut merampas sejumlah besar wang tunai bersama-sama Mehmet Yasar Coskun yang juga merupakan pemilik syarikat “Antis Yapi” yang membina bangunan apartment mewah dinamakan  “Renaissance Residence” di Hatay, Turkiye itu.

Arahan penangkapan beliau dikeluarkan oleh pejabat pendakwa daerah Gaziosmanpasa di Istanbul.

Syarikat “Antis Yapi” yang membina apartment itu dimiliki oleh Mehmet bersama-sama jurutera sivil Huseyin Yalcin Coskun.

“Renaissance Residence” yang terdiri daripada 250 buah apartment, runtuh selepas kawasan Hatay itu dilanda gempa bumi, menyebabkan kira-kira 1,000 penghuni tertimbus dalam runtuhan bangunan dan dikhuatiri terbunuh.

Arkitek
Mehmet Yasar Coskun ketika ditangkap pihak berkuasa Turkiye di lapangan terbang Istanbul ketika cuba meninggalkan negara untuk ke Montenegro bersama sejumlah besar wang tunai.

 

Renaissance Residence setinggi 12 tingkat merupakan antara apartmen paling eksklusif di Hatay, menampilkan 249 unit apartment dengan antara dua dan lima bilik tidur setiap satu, kolam renang, gelanggang sukan, dan khidmat penyambut tetamu.

Ia turut diiklankan sebagai bangunan yang dibuat mengikut “standard pembinaan tertinggi.”

Media Turkiye melaporkan ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan blok dan usaha menyelamat masih diteruskan.

Pada Khamis, Menteri Keadilan Turkiye telah mengumumkan bahawa siasatan telah dimulakan terhadap bangunan-bangunan yang runtuh akibat kejadian gempa bumi itu.

arkitek
Mehmet Yasar Coskun

 

Siasatan akan menjurus terhadap mereka yang membina bangunan-bangunan itu dan sama  ada mereka bertanggungjawab.

“Mereka yang didapati cuai, melakukan kesilapan dan bertanggungjawab terhadap kemusnahan akan dikenalpasti dan akan berhadapan dengan pengadilan,” kata Bekir Bozdag.

Kejadian gempa bumi di Turkiye sehingga kini telah mengorbankan kira-kira 25,000 orang. — DSA

apps

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

 

Comments
Loading...