Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Amerika Kerah F-22 Raptor Ke Jepun, Ganti F-15C/D Yang “Diundurkan”

Kenyataan Pacific Air Forces Tentera Udara Amerika Syarikat (PACAF) menyatakan bahawa pesawat-pesawat F-22 Raptor yang baru sahaja tiba di Pangkalan Udara Kadena di Okinawa itu sudah bersedia untuk “mempertahankan” Jepun.

2,423

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Beberapa minggu selepas mengumumkan “pengunduran” pesawat-pesawat pejuang F-15C/D miliknya daripada Pangkalan Udara Kadena di Okinawa,Jepun yang “membimbangkan” ahli politik di Tokyo dan Washington,  pentadbiran tentera udara Amerika Syarikat telah mengerahkan pesawat F-22 “Raptor” untuk menggantikan pesawat F-15 itu.

Kini, kira-kira satu dozen pesawat pejuang generasi kelima F-22 telah pun berada di Pangkalan Udara Kadena, ketika ketegangan di Semenanjung Korea semakin memuncak dengan Korea Utara dilihat sedang bersiap-sedia untuk melakukan ujian nuklear.

Ujian senjata nuklear oleh Pyongyang itu sudah tentu akan meningkatkan ketegangan antara Korea Utara dengan Korea Selatan dan Amerika Syarikat, susulan pelancaran puluhan peluru berpandu balistik oleh Pyongyang, termasuk sehingga ke sempadan maritim Jepun.

Menurut kenyataan Pacific Air Forces Tentera Udara Amerika Syarikat (PACAF), pesawat-pesawat F-22 yang baru sahaja tiba di Kadena itu berpengkalan di Alaska dan kini menjadikan pangkalan udara di Okinawa itu sebagai “rumah” sementaranya.

Menurut PACAF, pesawat F-22 itu bersedia untuk “mempertahankan” Jepun.

F-22
F-22 Raptor dan F-15

 

Manakala, dua skuadron berusia pesawat pejuang F-15C/D yang sebelum ini berpengkalan di Kadena akan pulang ke Amerika Syarikat untuk ditamatkan perkhidmatannya.

Buat masa ini, tiada tempoh berada lama pesawat-pesawat F-22 itu akan ditempatkan di pangkalan udara di Okinawa itu tetapi Tentera Udara Amerika Syarikat memutuskan hanya pesawat-pesawat pejuang generasi keempat dan kelima sahaja akan ditempatkan di situ.

Kemungkinan besar, Tentera Udara Amerika Syarikat akan menempatkan F-15EX yang merupakan varian pesawat pejuang F-15 paling terkini serta F-35 di Pangkalan Udara Kadena itu.

Penganalisis pertahanan di Jepun dan Washington sebelum ini melahirkan kebimbangan berhubung tindakan Amerika Syarikat mengundurkan skuadron F-15 daripada Pangkalan Udara Kadena itu bakal menggalakkan China untuk meningkatkan kehadiran tenteranya di Indo-Pasifik.

“Mesej kepada China adalah Amerika tidak serius dalam menangani kelemahan di dalam angkatan teneteranya,” kata bekas naib komander Pacific Air Forces David Deptula kepada akhbar Financial Times.

F-22

Ia bakal menggalakkan China untuk mengambil tindakan yang “drastic,” kata beliau.

Bekas pegawai Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat Christopher Johnstone yang kini bekerja dengan badan pemikir, CSIS pula berkata, pengunduran pesawat pejuang F-15 itu berlaku pada waktu yang salah, pada ketika tumpuan seluruh dunia pada Taiwan.

Ia memberikan signal yang membimbangkan tentang komitmen Washington, katanya.

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Kemampuan pesawat pejuang F-15 Amerika Syarikat yang ditempatkan di Kadena amat ditagih kerana pesawat-pesawat tentera China kini semakin aktif beroperasi di kawasan sekeliling Taiwan.

Pesawat-pesawat China kini beroperasi lebih jauh sehingga ke Asia Tenggara dan Laut China Timur.

 Kesemua pesawat-pesawat pejuang F-15C/D milik Tentera Udara Amerika Syarikat itu ditempatkan di pangkalan udara Kadena, Okinawa sejak tahun 1979 ketika Perang Dingin sedang memuncak. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

Comments are closed.