Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Maklumat Rahsia F-15E Dimuat Naik Dalam Permainan Video “War Thunder”

Maklumat-maklumat terhad kerahsiaannya tentang pesawat pejuang F-15 itu yang dimuatkan dalam permainan video online "War Thunder" itu menyentuh tentang perisian manual Operational Flight Program (OFP) termasuk berkenaan flight control, navigation, targeting dan weapon systems.

0 2,133

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pelbagai maklumat yang dikategorikan sebagai “rahsia terhad” mengenai pesawat pejuang F-15E telah ditemui dalam forum permainan video online popular dipanggil “War Thunder.”

Kebocoran maklumat terbabit timbul tidak lama selepas seorang pengguna yang tidak berpuashati telah bertindak memuatnaik posting mengandungi dokumen-dokumen terhad kerahsiaannya tentang pesawat pejuang F-16 dan sistem peluru berpandunya.

Maklumat-maklumat terhad kerahsiaannya tentang pesawat pejuang F-15 itu menyentuh tentang perisian manual Operational Flight Program (OFP) termasuk berkenaan flight control, navigation, targeting dan weapon systems.

Menurut laporan media pertahanan antarabangsa, maklumat yang dikemukakan menunjukkan ia adalah OFP Suite 3 yang telah dibangunkan di antara 1998 hingga 2000.

OFP Suite 3 telah dinaiktaraf beberapa kali dan adalah tidak jelas sama ia merupakan suite terkini atau lama.

F-15EX

Dokumen mengenai maklumat-maklumat berkenaan pesawat pejuang F-15E itu telah dimuatnaik ke forum War Thunder oleh salah seorang penggunanya yang kecewa dengan keputusan permainannya itu tetapi telah dipadamkan oleh Gaijin Entertainment.

Bagaimanapun sebelum Gaijin Entertainment memadamkan maklumat-maklumat rahsia itu, ia telah tersebar.

Undang-undang Amerika Syarikat dan peraturan forum berkenaan  menghalang penyiaran dokumen-dokumen terhad kerahsiaannya berkenaan manual pesawat-pesawat pejuang tersebut serta manual sistem dan persenjataannya.

Sebelum ini, telah dilaporkan kebocoran berkenaan maklumat-maklumat terhad kerahsiaannya berkenaan manual penerbangan tentang penggunaan peluru berpandu AIM-120 Advanced Medium-Range Air-to-Air Missile (AMRAAM) oleh pesawat pejuang F-16. 

Singapura
AIM-120 AMRAAM

 

War Thunder – merupakan permainan online dimana pelbagai penggunanya menggunakan kenderaan-kenderaan tentera dan sememangnya dikenali sebagai platform dimana penggunanya berkongsi maklumat-maklumat sensitif ketenteraan.

Pengguna permainan online terbabit selalu mletakkan maklumat-maklumat rahsia ketenteraan dalam percubaan mereka mempengaruhi developer permainan online itu mengubahsuai kerupayaan kenderaan-kenderaan dimainkan mereka.

Manual-manual terhad kerahsiaannya dan dokumen lain berkanaan kereta-kereta kebal Challenger, Leclerc dan Type 99, helicopter penyerang Eurocopter Tiger serta pelbagai lagi sistem persenjataan yang lain telah dimuatkan ke dalam permainan online itu sebelum ini.

apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Peraturan di dalam forum permainan online itu melarang sebarang muatnaik maklumat-maklumat

Pengasas Gaijin Entertainment Anton Yudinstev mengatakan bahawa apa-apa sahaja maklumat rajsia ketenteraan yang didapati di dalam forum permainan itu akan dipadamkan secepat mungkin oleh pentadbir permainan online itu.

Beliau menasihatkan pengguna permainan online yang popular itu supaya tidak menyiarkan sebarang maklumat ketenteraan yang sensitive. — DSA

 

Comments
Loading...