Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Polis Narathiwat Sahkan Raifal AK-102 Yang “Hilang” Dijual Pada Pemberontak, Pengedar Dadah

Ketua Polis Daerah Narathiwat, Jeneral Narin Busaman yang membuat pendedahan itu berkata laporan awal mendapati senjata yang hilang itu telah pun dijual.

0 1,173

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Polis Thailand mendedahkan sebahagian besar daripada 28 laras raifal AK-102 yang dilaporkan hilang dari depoh senjata di wilayah Narathiwat, selatan Thailand telah dijual kepada pemberontak dan pengedar dadah.

Ketua Polis Daerah Narathiwat, Jeneral Narin Busaman yang membuat pendedahan itu berkata laporan awal mendapati senjata yang hilang itu telah pun dijual.

“Enam raifal AK-102 telah dijumpai semula manakala 22 lagi masih hilang. Siasatan masih diteruskan.

“Kami akan teruskan operasi untuk memburu dalangnya,” katanya ketika dihubungi agensi berita nasional,  Bernama. 

Awal minggu ini, media-media di Thailand melaporkan sejumlah 28 laras raifal AK-102 yang digunakan oleh anggota sukarelawan pertahanan wilayah Narathiwat dilaporkan hilang.

Thailand
Raifal AK-102

 

Ketua Polis Daerah Muang Supakorn Phuengros sebelum ini melaporkan mengenai kehilangan senjata-senjata itu di kem pertahanan di Muang, Pattani itu kepada Ketua Polis Negara Suwat Jangyosuk dan pegawai-pegawai  atasan yang lain.

Sementara itu menurut jurucakap Keselamatan Dalam Negeri tentera Thailand (Internal Security Operations Command) Kolonel Watcharakorn Onngern berkata sebuah jawatankuasa khas yang mejalankan pemeriksaan mendapati senjata itu sudah hilang sejak beberapa tahun lalu.

Beberapa hari lepas, Defence Security Asia bahawa pihak keselamatan di wilayah bergolak selatan Thailand gempar kerana sejumlah 28 pucuk senapang AK-102 didapati hilang daripada unit pertahanan daerah di daerah Muang, wilayah Narathiwat.

Pihak keselamatan Thailand bimbang kerana terdapat kemungkinan jumlah senjata api yang hilang di wilayah selatan negara itu yang dilanda konfllik sejak berdekad lamanya adalah jauh lebih besar daripada “28 pucuk senjata api itu.”

Terdapat kebimbangan jumlah senjata api yang “hilang” itu akan meningkat berlipat-kali ganda jika siasatan terperinci dilakukan terhadap kesemua unit-unit pertahanan daerah di wilayah selatan Thailand iaitu, Narathiwat, Yala, Pattani dan Songkla.

Thailand
Kesan selepas kejadian letupan bom di selatan Thailand.

 

Panglima Tentera Wilayah ke-4 Lt Jen Kriangkrai Sirak juga mengesahkan kehilangan senjata api itu dan berkata, siasatan sedang dilakukan mengenai perkara itu.

Beliau juga mengesahkan dalam satu pertempuran dengan anggota pejuang pada 11 Mei lepas, pihak tentera telah menemui selaras senapang AK-102 yang kemudiannya dikenalpasti sebagai milik unit pertahanan daerah,

Pihak Internal Security Operations Command (ISOC) pula menasihatkan orang ramai tidak merasa bimbang kerana senjata-senjata itu tidak hilang secara serentak dan senjata itu tidak pernah digunakan dengan kumpulan-kumpulan bersenjata di selatan Thailand.

Menurut laporan media tempatan, pada 11 Mei itu telah berlaku satu pertempuran di Bachok, Narathiwat dimana seorang lelaki dikenali dengan nama Suraidin Katae, 30, atau “Madong” telah terbunuh.

Dalam siasatan di rumahnya, pihak keselamatan Thai menemui senjata api AK-102 dan lebih daripada 100 kelongsong peluru serta 11mm.

Pihak keselamatan Thailand percaya senjata api AK-102 itu dicuri daripada anggota pertahanan daerah selepas berlakunya pertempuran di daerah Bachok itu.

DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...