Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pengkritik Cadang Dua Kapal Pengangkut Pesawat Bermasalah Britain Dijual Pada Negara Sahabat

Kedua-dua kapal pengangkut pesawat milik Britain itu adalah elemen Power Projection yang sangat berkesan, tetapi malangnya, sejak kedua-dua kapal perang itu ditauliahkan pada 2017 dan 2019, masing–masing mengalami pelbagai masalah sehingga ada yang menganggap pembinaan dua buah kapal perang itu adalah satu pembaziran.

0 3,867

(DEFENCE SECURITY ASIA) – HMS Queen Elizabeth dan HMS Prince of Wales adalah dua buah kapal pengangkut pesawat milik Tentera Laut Britain (Royal Navy) dan merupakan kapal-kapal perang terbesar pernah dibina oleh negara itu.

Usaha membina kedua-dua buah kapal pengangkut pesawat itu menelan belanja US$8 billion (RM37.7 billion).

Masing-masing kapal pengangkut pesawat konvensional Britain itu mampu membawa anak kapal 1,600 orang anak kapal dan berkeupayaan membawa sehingga 36 buah pesawat pejuang F-35B (Vertical Short Take-off and Landing), tidak termasuk helikopter.

Kedua-dua kapal pengangkut pesawat milik Britain itu adalah elemen Power Projection yang sangat berkesan.

Tetapi malangnya, sejak kedua-dua kapal pengangkut pesawat Britain itu ditauliahkan pada 2017 dan 2019 masing –masing telah mengalami pelbagai masalah sehingga ada yang menganggap pembinaan dua buah kapal perang itu adalah satu pembaziran.

Ada pengkritik yang mencadangkan supaya kerajaan Britain menjual kedua-dua buah kapal pengangkut pesawat itu kepada sekutu-sekutunya berikutan pelbagai masalah yang dihadapinya, terutamanya melibatkan mekanikal.

HMS Queen Elizabeth
Kapal pengangkut pesawat milik Britain HMS Queen Elizabeth.

 

Pada Februari lepas, kapal pengangkut pesawat pertama Britain HMS Queen Elizabeth sepatutnya mengetuai Latihan Steadfast Defender yang merupakan latihan terbesar NATO sejak Perang Dingin tetapi penyertaannya dibatalkan pada saat-saat akhir selepas ia mengalami masalah dengan alatan Starboard Propeller.

Berikutan dengan masalah itu, kapal pengangkut pesawat kedua Britain, HMS Prince of Wales telah dikerah untuk menggantikan HMS Queen Elizabeth.

Dengan anak kapal anak kapal seramai 1,600 orang, kapal pengangkut pesawat HMS Prince of Wales berkemampuan membawa sehingga 36 buah pesawat pejuang F-35B (Vertical Short Take-off and Landing), tidak termasuk helikopter.

Walau baru sahaja lima tahun ditauliahkan ke dalam Tentera Laut Britain, namun kapal pengangkut pesawat kedua Britian itu memiliki sejarah kerosakan yang agak panjang sebaik sahaja ia ditauliahkan ke dalam perkhidmatan tentera laut negara itu.

Pada tahun 2020, kapal pengangkut pesawat kedua Britian itu “tersadai” di Portsmouth selepas bilik enjinnya dimasuki air menyebabkan kerosakan terhadap sistem elektriknya.

Dalam tempoh dua tahun selepas ditauliahkan, kapal pengangkut pesawat HMS Prince of Wales itu hanya menghabiskan masa kira-kira 90 hari di lautan selepas kebocoran dikesan sebanyak dua kali dalam tempoh lima bulan.

Kapal Pengangkut Pesawat
HMS Prince of Wales

 

Pada 2022 pula, ketika kapal pengangkut pesawat HMS Prince of Wales sedang bersiap-sedia untuk dikerahkan ke Amerika Syarikat untuk menyertai latihan, ia telah mengalami kerosakan.

Menurut laporan, kerosakan itu berlaku di bahagian starboard propeller dan perlu diganti.

Untuk memperbaiki kapal pengangkut pesawat HMS Prince of Wales itu dapat dilakukan dengan cepat, maka pihak Royal Navy mengambil keputusan untuk “cannibalise” iaitu mengambil alatan daripada sebuah lagi kapal pengangkut pesawat, HMS Queen Elizabeth dan memasangnya di HMS Prince of Wales.

Jurucakap Royal Navy menyatakan bahawa tindakan “cannibalization” dengan mengambil peralatan daripada kapal perang lain dan menggunakannya ke kapal yang lain adalah tidak salah kerana ia dapat menyelesaikan masalah dengan cepat dan memastikan HMS Prince of Wales itu dapat kembali ke misinya dengan cepat.

Selain masalah mekanikal yang kerap dialami kapal-kapal pengangkut pesawatnya, krisis belanjawan pertahanan Britain juga mencengkam angkatan tenteranya sehinggakan media-media negara itu mencadangkan HMS Prince of Wales seberat 65,000 tan akan dijual dengan “harga runtuh” pada negara-negara sahabat yang berminat.

Media-media Britain menyatakan bahawa tentera laut negara itu berkemungkinan terpaksa menamatkan perkhidmatan atau menjual kapal pengangkut pesawat, HMS Prince of Wales kepada negara-negara sahabat untuk menampung kekurangan kritikal belanjawan pertahanan negara itu.

Kapal Pengangkut Pesawat
HMS Prince of Wales dan HMS Queen Elizabeth

 

Menurut media-media itu yang memetik sumber dalam Tentera Laut Britain menyatakan bahawa keputusan sama ada untuk menamatkan perkhidmatan atau menjual HMS Prince of Wales itu akan terpaksa dibuat seawalnya tahun 2028.

Salah sebuah media negara itu, Daily Mail menyatakan ia diberitahu oleh sumber di dalam tentera laut negara itu bahawa senario di mana Tentera Laut Britain terpaksa menjual kapal pengangkut pesawat HMS Prince of Wales itu telah dibincangkan oleh Maritime Enterprise Planning Group.

Maritime Enterprise Planning Group merupakan kumpulan yang melihat kepada perancangan dan strategi masa depan tentera laut.

“Terdapat kesedaran di dalam Maritime Enterprise Planning Group bahawa Tentera Laut sedang bergelut untuk mengekalkan komitmen operasinya.”

“Kapal pengangkut pesawat kedua Britain itu adalah aset dan peralatan yang mahal tetapi jarang digunakan. Oleh itu sekiranya kita mahu menangani isu kewangan angkatan tentera, melupuskannya (kapal pengangkut pesawat itu) atau berkongsinya dengan negara-negara AUKUS (Australia, Amerika Syarikat), maka ia adalah suatu opsyen (penjualan),” kata kumpulan itu. — DSA

 

Comments
Loading...