Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

140 Krew Kapal Selam Nuklear Britain Hampir Temui Ajal Akibat Kerosakan Alat Ukur Kedalaman

Disebabkan bacaan kedalaman yang salah akibat kerosakan alatan membaca kedalaman (depth gauge), krew kapal selam nuklear kelas-Vanguard Tentera Laut British itu tidak menyedari bahawa kapal selam mereka semakin menyelam di kedalaman yang disifatkan sebagai “amat merbahaya.”

0 9,125

(DEFENCE SECURITY ASIA) – 140 orang krew kapal selam nuklear kelas-Vanguard milik Tentera Laut British hampir menemui ajal selepas kapal selam mereka tanpa disedari menjunam ke kedalaman merbahaya disebabkan kerosakan alat pengukur kedalaman.

Sebagaimana didedahkan oleh sumber-sumber kepada akhbar The Sun, kapal selam nuklear kelas-Vanguard yang dilengkapi dengan peluru berpandu ballistik antara benua (ICBM) “Trident 2” itu sedang melaksanakan operasi rondaan di lautan Atlantik.

Akhbar itu enggan mendedahkan identiti kapal selam nuklear kelas-Vanguard itu di atas faktor keselamatan negara.

Bagaimanapun, pegawai-pegawai kanan Kementerian Pertahanan United Kingdom mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan berhubung insiden itu.

Insiden itu berlaku ketika kapal selam itu sedang melaksanakan rondaan di Lautan Atlantik, apabila krew kapal selam nuklear Britain itu tidak menyedari bahawa alatan pengukur kedalaman (depth gauge) kapal selam itu mengalami kerosakan dan memberikan bacaan yang tidak tepat tentang kedalaman.

Vanguard
Contoh alat pengukur kedalaman kapal selam. (Depth Gauge)

 

Disebabkan bacaan kedalaman yang salah akibat kerosakan alatan membaca kedalaman, krew kapal selam kelas-Vanguard itu tidak menyedari bahawa kapal selam mereka semakin menyelam di kedalaman yang disifatkan sebagai “amat merbahaya.”

Menurut akhbar terbabit, tragedi berjaya dielakkan disebabkan oleh tindakan pada saat-saat akhir oleh seorang jurutera yang berada di dalam kapal selam itu.

“Menggunakan alatan pengukur kedalaman dalam simpanan, krew kapal selam berjaya menghalang kapal selam terbabit daripada meneruskan selamannya ke tahap lebih merbahaya dan membetulkan kedudukannya,” menurut akhbar Britain itu.

Menurut sumber akhbar terbabit, ketika insiden kapal selam nuklear itu masih berada di kedalaman yang masih dibenarkan (operasional), tetapi disebabkan kerosakan alatan pengukur kedalamana itu, kapal selam terbabit sedang menyelam ke kedalaman yang “merbahaya.”

Sekiranya kapal selam nuklear Britain itu terus-menerus menyelam akibat bacaan kedalaman yang salah, akhbar terbabit menyatakan ia berkemungkinan berhadapan dengan tragedi amat buruk yang bakal mengorbankan kesemua 140 anak kapalnya.

Vanguard

Mengikut maklumat daripada sumber-sumber terbuka, kapal-kapal selam nuklear kelas-Vanguard itu berkemampuan menyelam sehingga ke kedalaman 500 meter, tetapi maklumat sebenar tentang kedalaman yang ia mampu menyelam dipercayai adalah “rahsia besar” kapal selam itu.

United Kingdom memperkenalkan kapal selam nuklear kelas-Vanguard pada 1994 sebagai sebahagian daripada program peluru berpandu nuklear “Trident.”

Setiap sebuah kapal selam nuklear kelas-Vanguard itu berkemampuan membawa sehingga 16 buah peluru berpandu ICBM “Trident” yang mampu membedil sasara sejauh 13,000km.

Tentera Laut British memiliki empat buah kapal selam nuklear kelas-Vanguard terdiri daripada HMS Vanguard, HMS Vengeance, HMS Victorius dan HMS Vigilant yang sedang melaksanakan operasi menjaga kepentingan United Kingdom.

Keempat-empat kapal selam yang dibina oleh di antara 1986 hingga 1999 oleh Vickers Shipbuilding and Engineering (kini dimiliki oleh BAE Systems).

Kesemua kapal selam nuklear kelas-Vanguard itu berpangkalan di HM Naval Base Clyde di barat Glasgow, Scotland. — DSA

KAAN

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...