Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

DSME Bakal Rugi RM268 Juta, Projek Kapal Selam Indonesia “Terbengkalai”

Apa yang mengecewakan syarikat DSME daripada Korea Selatan itu adalah kontrak yang ditandatangani pada 2019 untuk membina tiga buah kapal selam untuk Indonesia masih belum bermula sehingga kini, selepas Jakarta gagal melunaskan 10 peratus bayaran pembinaan kapal selam itu.

0 13,681

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Syarikat pembuat kapal Korea Selatan, Daewoo Shipbuilding and Marine Engineering (DSME) berhadapan dengan kerugian berjumlah US$67 juta (RM268 juta) selepas memesan komponen untuk pembinaan tiga buah kapal selam Indonesia pada 2019.

Korea Selatan dan Indonesia menandatangani kontrak pada 2019 untuk tiga buah kapal selam bernilai US$967 juta (RM3.8 bilion).

Apa yang menjadi masalah adalah menurut portal pertahanan Naval News adalah, selepas tiga tahun projek itu ditandatangani Indonesia masih gagal membayar 10 peratus daripada bayaran keseluruhan perolehan untuk memulakan kerja-kerja membina tiga buah kapal selam terbabit.

DSME

Syarikat DSME membeli komponen terbabit iaitu “propulsion motors” untuk kapal selam itu secara pre-order daripada Siemens, tetapi komponen itu tersadai kerana pembinaan kapal-kapal selam itu masih tidak bermula sehingga kini walau tiga tahun kontrak ditandatangani.

Kontrak tidak dapat dimulakan selepas kerajaan Indonesia gagal menjelaskan bayaran pendahuluan 10 peratus.

Anggota Parlimen Korea Selatan, Minkuk Kang daripada People Power Party berkata, ketiga-tiga propulsion motor itu bakal menjadi “besi tidak berguna”.

“Selepas DSME membayar kos ketiga-tiga propulsion motor, kos yang terpaksa ditanggung oleh syarikat akan terus meningkat kerana ia terpaksa membina stor untuk menyimpan komponen itu dan menyelenggara komponen itu sehinggalah ia dapat digunakan untuk tujuan lain,” katanya.

Sementara itu, syarikat DSME di dalam satu kenyataan berkata mereka menandatangani kontrak pembinaan tiga buah kapal selam pada April 2019.

DSME

Pembelian komponen secara pre-order itu terpaksa dilakukan untuk memastikan ia dapat mematuhi tempoh masa penyerahan (kapal selam).

Menurut syarikat lagi, kerajaan Indonesia tidak memaklumkan atau menimbangkan untuk membatalkan sebarang kontrak pembinaan kapal-kapal.

DSME masih berbincang dengan kerajaan untuk melihat sama ada kontrak pembinaan tiga buah kapal selam itu akan diteruskan atau tidak.

Walaupun masih meneruskan perbincangan dengan kerajaan Indonesia, namun DSME turut menyediakan pelan alternatif sekiranya Jakarta membatalkan kontrak pembinaan tiga buah kapal selam itu.

Satu daripada pelan alternatif itu adalah menjual “propulsion motor” itu kepada Tentera Laut Korea Selatan untuk digunakan pada kapal-kapal selam miliknya.

DSME

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Ia juga bercadang menggunakan komponen itu untuk kapal selam tentera laut Filipina yang dicadangkannya.

Bagaimanapun kata DSME, program pembinaan kapal selam Filipina masih lagi diperingkat cadangan dan syarikat lain seperti Naval Group turut berminat untuk bersaing merebut kontrak tersebut.

Pada 2011, Korea Selatan telah menjual tiga buah kapal selam kelas-Jang Bogo bernilai US$1 bilion (RM4 bilion) yang berdasarkan kepada rekabentuk kapal selam Type 409 buatan Jerman yang dibangunkan oleh syarikat negara itu, HDW kepada Indonesia. — DSA

 

Jom follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Google Playstore Defence Security Asia.

 

 

Comments
Loading...