Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

(VIDEO) Turkiye Cipta Sejarah Lagi Dengan Peluru Berpandu Anti-Kereta Kebal “LUMTAS-GM”

(VIDEO) Dinamakan “LUMTAS-GM”,jarak bedilan sistem peluru berpandu anti-kereta kebal keluaran Turkiye sejauh 16km itu, mengatasi kemampuan sistem-sistem peluru berpandu anti-kereta kebal yang dihasilkan oleh Amerika Syarikat, Russia, negara-negara Eropah dan China.

0 5,790

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Industri pertahanan Turkiye mencatat sejarah lagi apabila firma pertahanannya,ROKETSAN berjaya membangunkan sistem peluru berpandu anti-kereta kebal jarak jauh yang berkemampuan membedil sasaran sejauh di antara 16km hingga 20km.

Dinamakan “LUMTAS-GM”,jarak bedilan sistem peluru berpandu anti-kereta kebal keluaran Turkiye sejauh 16km itu, mengatasi kemampuan sistem-sistem peluru berpandu anti-kereta kebal yang dihasilkan oleh Amerika Syarikat, Russia, negara-negara Eropah dan China.

Setakat ini, tidak diketahui mana-mana sistem peluru berpandu anti-kereta kebal di dalam pasaran yang mampu menyaingi peluru berpandu “LUMTAS-GM” daripada segi jarak bedilannya.

Menurut pemerhati pertahanan antarabangsa, produk keluaran Turkiye itu dianggap mencipta revolusi berikutan jarak bedilannya yang amat jauh pada ketika negara-negara lain turut membangunkan produk yang canggih dan berkemampuan tinggi.

Konflik bersenjata Ukraine-Russia ketika ini turut menyaksikan peranan penting dengan peluru-peluru berpandu anti-kereta seperti Javelin buatan Amerika Syarikat dan peluru berpandu Vikhr yang dilancarkan oleh helikopter tempur, Kamov KA-52 telah memusnahkan kereta kebal dan kenderaan perisai daripada kedua-dua pihak.

Peluru berpandu anti-kereta jarak jauh “LUMTAS-GM” yang dibangunkan oleh ROKETSAN itu dipercayai akan digunakan oleh helikopter-helikopter tempur dan sistem pesawat tanpa pemandu yang dibangunkan oleh Turkiye.

Dengan kemampuan membedil sasaran sejauh 16km, peluru berpandu anti-kereta kebal jarak jauh terbaru keluaran firma pertahanan Turkiye bakal memberikan kelebihan lebih jitu kepada helikopter tempur seperti “T-129 ATAK” dan dron-dron negara Mediterranean itu seperti  “ANKA”, “Bayraktar TB2” serta “Akinci”.

Baru-baru ini, firma pertahanan Turkiye ROKETSAN telah melaksanakan ujian pelancaran sistem peluru berpandu anti-kereta kebal jarak jauh “LUMTAS-GM”.

Menurut media-media pertahanan negara itu. keseluruhan sistem anti-kereta kebal jarak jauh itu memiliki berat keseluruhan sebanyak 41.3kg termasuk kanister yang mengandungi peluru berpandu terbabit.

Keseluruhan panjang peluru berpandu itu adalah 1.72 meter, dengan jarak bedilan peluru berpandu jika ia dilancarkan oleh helikopter tempur adalah di antara 16km hingga 20km.LUMTAS-GM

LUMTAS-GM
Tepat mengenai sasaran.

 

Peluru-peluru berpandu anti-kereta kebal Russia seperti 9M113 Konkurs,  9M133M Kornet-M dan 9K111 Fagot yang berkemampuan membedil sasaran di bawah 5km.

Bagi peluru-peluru berpandu kereta kebal keluaran Amerika Syarikat, Javelin hanya mampu membedil sasaran sejauh 4km, TOW sejauh 3.75km manakala MILAN pula hanya mencapai jarak 3km.

Dengan 16km, helikopter tempur dan dron-dron Turkiye boleh memainkan peranan sebagaimana dilakukan oleh helikopter tempur Kamov KA-52 yang dilengkapi dengan peluru berpandu Vikhr pada konflik Russia-Ukraine.

Helikopter tempur Kamov KA-52 milik Russia yang dilengkapi dengan peluru berpandu anti-kereta Vikhr berjaya mengubah keadaan di medan peperangan apabila ia berjaya memusnahkan banyak kereta kebal dan kereta perisai milik tentera Ukraine.

Kehadiran Kamov KA-52 dengan dilengkapi peluru berpandu anti-kereta kebal jarak jauh Vikhr itu telah berjaya memperlahankan momentum serangan balas tentera Ukraine pada musim bunga lalu. — DSA

 

Comments
Loading...