Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Tiada Kelibat F-22 Atau F-35 Dalam COPE TAUFAN 2023 Kali Ini

Nampaknya, edisi Eksesais COPE TAUFAN 2023 diantara TUDM dan PACAF pada tahun ini tidak akan menampilkan pesawat-pesawat pejuang utama Amerika Syarikat sama ada F-22 “Raptor, F-35 mahupun F-15.

0 4,593

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Eksesais COPE TAUFAN 2023 di antara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Pacific Air Force (PACAF), Tentera Udara Amerika Syarikat akan hanya menampilkan pesawat-pesawat pengangkut C-130 serta F-16 daripada negara kuasa besar itu.

Nampaknya, edisi Eksesais COPE TAUFAN 2023 pada tahun ini tidak akan menampilkan pesawat-pesawat pejuang utama Amerika Syarikat sama ada F-22 “Raptor, F-35 mahupun F-15.

Dalam Eksesais COPE THUNDER 2023 di antara PACAF dengan Tentera Udara Filipina pada Julai lalu, Amerika Syarikat telah menghantar pesawat-pesawat F-22 “Raptor”, C-130 dan A-10 “Warthog” ke latihan itu manakala Filipina pula menggunakan pesawat pejuang FA-50 miliknya.

Menurut kenyataan PACAF tentang COPE TAUFAN 2023, pesawat pengangkut C-130 itu daripada Delaware Air National Guards 166th Airlift Wing, New Castle Air National Guard Base dan pesawat-pesawat pejuang F-16 pula berpangkalan daripada 51st Fighter Wing, Osan Air Base di Korea Selatan.

Kenyataan itu tidak menyebut jumlah kedua-dua pesawat milik Amerika Syarikat yang terbabit dalam latihan itu.

Britain
F-35

 

PACAF menyatakan bahawa sejumlah 220 orang anggota tentera Amerika Syarikat akan terlibat dalam latihan itu bersama-sama anggota tentera TUDM yang menampilkan pesawat-pesawat Su-30MKM, Hawk, F/A-18D, C-130H, A400M dan helikopter EC725.

“Eksesais COPE TAUFAN 2023 akan mementingkan latihan di dalam udara-ke-udara (air-to-air)  dan kemampuan penghantaran udara (air delivery capabilities) serta meletakkan kepentingan tinggi dalam operasi bantuan penerbangan (flight support operations) dalam suasana sebenar,” kata PACAF.

Ia berkata latihan bermatlamat untuk memperbaiki kesiagaan Malaysia dan Amerika Syarikat, manakala pada masa yang sama menonjolkan kuasa tentera Amerika secara sstrategik dengan penekanan terhadap interoperabiliti, kerjasama keselamatan dan pembinaan kemampuan.

PACAF katanya, telah mengadakan latihan dengan TUDM sejak tahun-tahun 1980-an.

Ia berkata dengan keterlibatannya dalam latihan-latihan tentera dengan angkatan tentera daripada negara-negara rakan di rantau Indo-Pasifik merupakan demonstrasi komitmen Amerika Syarikat terhadap keamanan dan kestabilan di Indo-Pasifik.

Cope Taufan
Cope Taufan 2014

 

Menurut kenyataan media sosial yang dikeluarkan oleh TUDM beberapa hari lalu, sepanjang tempoh eksesais COPE TAUFAN 2023 ini aset-aset TUDM dan PACAF akan melaksanakan penerbangan secara taktikal di kawasan yang telah digazetkan sebagai kawasan latihan.

Kawasan-kawasan latihan itu melibatkan ruang udara di beberapa negara antaranya Pulau, Pinang dan Perak yang turut melibatkan aset udara pelbagai kategori pesawat pejuang, pesawat pengangkut dan helikopter.

TUDM bagaimanapun tidak mendedahkan lebih lanjut tentang jensi-jenis aset TUDM mahupun daripada PACAF yang terlibat dalam Eks COPE TAUFAN  2023.

Pada edisi Eks COPE TAUFAN 2014, Amerika Syarikat menghantar pesawat pejuang F-22 “Raptor” untuk berdepan dengan pesawat-pesawat pejuang Su-30MKM, MiG-29N F-18D Hornet milik TUDM.

PACAF berpangkalan di Pangkalan Udara Hickam, Joint Base Pearl Harbor-Hickam di Hawaii, Amerika Syarikat.

Dibawah PACAF yang bertanggungjawab terhadap segala operasi Tentera Udara Amerika Syarikat di sembilan kemudahan strateginya rantau Pasifik termasuk di Hawaii, Alaska, Jepun, Guam dan Korea Selatan.

Cope Taufan
Cope Taufan 2014

 

Seramai 45,000 orang anggota tentera Amerika dan orang awam berkhidmat di bawah PACAF, dibantu oleh 340 pesawat pejuang dan pesawat kombat yang lain, tidak termasuk lebih 100 buah pesawat yang ditugaskan secara bergilir-gilir di bawah operasi PACAF.

Tiga daripada tujuh skuadron pesawat F-22 berada di bawah operasi PACAF.

Pada edisi Eks COPE TAUFAN 2014, Amerika Syarikat menghantar pesawat pejuang F-22 “Raptor” untuk berdepan dengan pesawat-pesawat pejuang Su-30MKM, MiG-29N F-18D Hornet milik TUDM.

TUDM juga memaklumkan agar orang ramai tidak cemas atau risau sekiranya melihat aset-aset TUDM dan PACAF beroperasi di kawasan latihan sepanjang tempoh eksesais berlangsung.– DSA

 

Comments
Loading...