Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Komander PACAF Tentera Udara Amerika Tinjau Lebih Dekat Sukhoi Su-30MKI

Baru-baru, pegawai tertinggi tentera udara Amerika Syarikat di rantau Pasifik telah berpeluang menaiki pesawat pejuang Sukhoi Su-30MKI milik Tentera Udara India ketika kedua-dua negara itu mengadakan latihan udara bersama di antara kedua-dua tentera udara di India. Pegawai tinggi itu adalah Jeneral Ken Wilsbach yang adalah Komander Pacific Air Force (PACAF),  Tentera Udara Amerika Syarikat.

0 7,535

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Bukan selalu juruterbang pesawat pejuang Amerika Syarikat berpeluang untuk meninjau dengan lebih dekat kemampuan dan avionic pesawat pejuang utama milik Tentera Udara Russia.

Baru-baru, pegawai tertinggi tentera udara Amerika Syarikat di rantau Pasifik telah berpeluang menaiki pesawat pejuang Sukhoi Su-30MKI milik Tentera Udara India ketika kedua-dua negara itu mengadakan latihan udara bersama di antara kedua-dua tentera udara di India.

Pegawai tinggi itu adalah Jeneral Ken Wilsbach yang adalah Komander Pacific Air Force (PACAF),  Tentera Udara Amerika Syarikat.

Su-30MKI

Walaupun sudah bertaraf seorang panglima, tetapi beliau masih adalah seorang juruterbang, dengan menerbangkan pesawat pejuang generasi kelima, F-22 Raptor, dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin.

Gambar beliau duduk di kerusi navigator pesawat Su-30MKI berkenaan dengan raut muka yang serius telah tersebar, malah pembabitan beliau dalam penerbangan pesawat pejuang India buatan Russia itu telah pun disahkan oleh jurucakap Tentera Udara India. 

Tentera Udara India memiliki kira-kira 250 buah pesawat pejuang Su-30MKI yang dibinanya secara berlesen di dalam negara. 

Panglima PACAF Tentera Udara Amerika Syarikat itu diberi peluang menaiki pesawat Su-30MKI yang diterbangkan oleh juruterbang Tentera Udara India ketika latihan udara bersama Indo-US “Cope India” yang sedang berlangsung pada ketika ini sehingga 24 April di Pangkalan Udara Kalaikunda.  

Kehadiran panglima PACAF Tentera Udara Amerika Syarikat di dalam kokpit pesawat pejuang Su-30MKI itu dianggap amat penting, terutama pada ketika ini dimana pesawat itu adalah aset udara terpenting bagi Russia dalam kempen udaranya di Ukraine. 

Su-30MKI
Pesawat Su-30MKI milik Tentera Udara India.

 

Segala peluang bagi pihak tentera Amerika Syarikat untuk melihat dengan lebih dekat aset-aset utama tentera Russia sudah semestinya akan diambil peluang untuk kepentingan juruterbang Amerika Syarikat dan juga Ukraine.

Sudah pasti apa sahaja maklumat penting tentang pesawat Su-30MKI itu akan disalurkan kepada pihak Tentera Udara Amerika Syarikat dan juga Tentera Udara Ukraine untuk digunakan ketika konflik negara itu dengan Russia.

Kedua-dua tentera udara tidak memberikan sebarang maklum balas tentang penerbangan panglima PACAF Tentera Udara Amerika Syarikat itu dengan pesawat pejuang Su-30MKI pada latihan “Cope India” yang dilaksanakan dalam dua fasa. — DSA

Apps

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

Comments
Loading...