Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Sistem Peluru Berpandu “CIRIT” Buat Musuh “Tercirit”

Sistem peluru berpandu berkaliber 70mm “CIRIT” adalah sistem peluru berpandu udara ke darat yang boleh diintegrasikan kepada pelbagai platform seperti kereta perisai, pelancar bergerak atau ditarik, helikopter dan kapal-kapal perang.

0 6,766

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Syarikat pertahanan Turki, Roketsan telah membangunkan sistem peluru berpandu udara-ke-darat berkaliber kecil yang dinamakan “CIRIT” bagi menggantikan roket tidak berpandu (unguided rocket) yang digunakan oleh angkatan tenteranya.

“CIRIT” adalah sistem peluru berpandu udara ke darat yang boleh diintegrasikan kepada pelbagai platform seperti kereta perisai, pelancar bergerak atau ditarik, helikopter dan kapal-kapal perang termasuk Unmanned Surface Combat Vehicle “ULAQ”.

Pesawat tanpa pemandu “Anka” juga boleh membawa sehingga lapan buah peluru berpandu “CIRIT”.

CIRIT
“ANKA” juga dilengkapi dengan peluru berpandu “CIRIT.”

 

Sistem peluru berpandu berkaliber 70mm itu mula digunakan oleh Angkatan Tentera Turki pada 2012 dan sejak daripada itu,ribuan “CIRIT” telah dihasilkan oleh Roketsan untuk kegunaan negara Mediterranean itu.

Selain daripada Turki, syarikat Roketsan turut mengeksport “CIRIT” ke luar negara termasuk Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang kemudiannya membuat peluru berpandu itu di dalam negara di bawah kerjasama antara Roketsan dan Tawazun Council daripada UAE.

Antara pengguna utama sistem peluru berpandu “CIRIT” di dalam tentera Turki adalah helikopter penyerang T129 “ATAK” yang menjadikan sistem peluru berpandu udara ke darat itu sebagai antara senjata utamanya, selain mesingan berat dan peluru berpandu udara ke darat dan udara ke udara yang lain.

CIRIT

Sudah pasti “CIRIT” juga bakal melengkapi helikopter T129 ATAK yang baru sahaja diterima oleh Tentera Filipina baru-baru ini, menjadikan mana-mana sasaran di selatan negara itu “terCIRIT” apabila dibedil dengan peluru berpandu itu.

“CIRIT” adalah senjata utama bagi helikopter penyerang T129 ATAK.

Selain melengkapkan T129 ATAK dengan “CIRIT,” tentera Turki turut melengkapkan helikopter penyerang negara itu seperti AH-1W Cobra, UH-60 dan AT-802 dengan peluru berpandu itu yang juga boleh digunakan untuk membedil sasaran di udara.

CIRIT
Unmanned Surface Combat Vehicle “ULAQ” dilengkapi dengan “CIRIT”

 

Ribuan peluru berpandu “CIRIT” telah diserahkan kepada Tentera Turki untuk digunakan oleh pelbagai platform di negara itu.

Peluru berpandu udara-ke-darat “CIRIT” yang memiliki berat keseluruhan 15kg ini dipandu oleh laser ke sasaran untuk jarak sejauh di antara 1.5km hingga 8km dan boleh memusnah kenderaan-kenderaan perisai, kubu-kubu pertahanan dan bangunan.

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Peledak bagi peluru berpandu ini juga adalah pelbagai daripada anti-armor, anti-personnel, pelbagai guna dan high-explosive.

Angkatan Tentera Malaysia tidak berminat ke dengan “CIRIT”? — DSA

CIRIT

Comments
Loading...