Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Indonesia Senarai Pendek Empat Rekabentuk Kapal Friget Bakal Diperolehinya

Kementerian Pertahanan Indonesia mahu menambah lagi tiga buah kapal friget, selepas memperolehi dua buah kapal friget kelas-Martadinata beberapa tahun lepas.

0 2,008

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Perancang-perancang di Kementerian Pertahanan Indonesia telah menyenaraipendek (shortlist) empat rekabentuk kapal perang yang bakal diperolehinya sebagai susulan kepada dua buah kapal friget kelas-Martadinata yang diperolehinya beberapa tahun lepas.

Menurut majalah pertahanan antarabangsa, Janes, keempat-empat rekabentuk kapal itu adalah varian terkini SIGMA daripada syarikat DAMEN, 30FFM daripada syarikat Mitsui, Bergamini (FREMM) daripada syarikat Fincantieri dan Arrowhead 140 daripada konsortium diketuai oleh syarikat Babcock.

Bergamini
Kapal friget kelas-Bergamini yang dibangunkan oleh syarikat Fincantieri daripada Italy.

Pada ketika ini, Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Laut (TNI-AL) mengoperasikan dua buah kapal friget SIGMA kelas-Martadinata iaitu KRI Raden Eddy Martadinata dan KRI Gusti Ngurah Rai.

Kedua-dua kapal friget yang direkabentuk oleh syarikat Damen daripada Belanda itu ditauliah dalam perkhidmatan pada April 2017 dan Januari 2018.

Menurut Janes lagi, Kementerian Pertahanan Indonesia bercadang memperolehi tiga buah kapal friget kelas-Martadinata lagi untuk menggantikan kapal-kapal friget kelas Ahmad Yani (Van Speijk) yang dipindahkan ke Indonesia daripada Belanda pada 1980-an.

Mogami
Kapal friget “Mogami” Jepun yang direkabentuk daripada 30FFM.

Kedua-dua kapal friget kelas-Martadinata yang sedang berkhidmat dengan TNI-AL itu mempunyai panjang 105 meter dan seberat 2,300 tan. Ia dilengkapi dengan lapan butir peluru berpandu Exocet MM40 Block III, torpedo dan 12 butir peluru berpandu VL Mica.

Sementara itu bagi kapal kelas Bergamini (FREMM) yang ditawarkan oleh Fincantieri pula, rekabentuk kapal tersebut adalah ia memiliki berat 6,700 tan dan panjang 144 meter.

Selain itu, kapal friget kelas Bergamini (FREMM) juga dilengkapi dengan peluru berpandu pertahanan udara sama ada Aster 15 atau Aster 30 serta peluru berpandu anti kapal MBDA Teseo/Otomat.

Manakala bagi 30FFM daripada syarikat Jepun pula, kapalnya memiliki berat 5,500 (full load) dan dilengkapi peluru berpandu Type 17. Tentera Laut Jepun merancang untuk memiliki 22 buah kapal kelas 30FFM sehingga tahun 2032.

Bagi rekabentuk Arrowhead 140 pula, kapal yang dikategorikan sebagai friget ringan itu memiliki panjang 138 meter dan berat 5,700 tan. (tak berapa ringan).

Bagi sistem persenjataannya pula, ia boleh membawa lapan peluru berpandu anti kapal/permukaan dan 31 tiub MK41 vertical launch, surface to air missile system, torpedo anti-kapal selam, hangar untuk helikopter.

Indonesia mahu memiliki kapal-kapal perang yang lebih besar dan lebih berat untuk memenuhi impiannya menjadi kuasa maritim serantau.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...