Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kapal-Kapal Selam Amerika Syarikat Lakukan Latihan Besar-Besaran Di Pasifik Pada Ketika Ini

Latihan yang dinamakan “Exercies Agile Dagger 21” bermula pada awal bulan ini melibatkan kerahan pelbagai kapal selam berkuasa nuklear Amerika Syarikat ke beberapa lokasi di Pasifik.

0 2,017

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Angkatan Kapal Selam Pasifik (Pacific Submarine Force)  Amerika Syarikat sedang melakukan latihan besar-besaran membabitkan kapal selam nuklearnya di kawasan perairan Indo-Pasifik pada ketika ini, dalam satu lagi mesej  dan amaran jelas kepada China.

Latihan yang dinamakan “Exercies Agile Dagger 21” bermula pada awal bulan ini melibatkan satu pertiga daripada kekuatan kapal selam berkuasa nuklear  (pelbagai jenis) Amerika Syarikat di rantau Pasifik.

“Angkatan Kapal Selam Pasifik sentiasa bersedia. Latihan Agile Dagger 2021 membolehkan kita menguji kemampuan kami dan menonjolkan keupayaan kita untuk mengerah kapal selam-kapal selam bersenjata di Pasifik.

“Kemampuan Angkatan Kapal Selam Pasifik adalah terjamin dan tidak dapat disaingi menerusi usaha menajamkan lagi kemampuan peperangan dalam latihan yang dimaklumkan dalam notis yang pendek,” kata Komander Angkatan Kapal Selam Pasifik Amerika Syarikat Laksamana Jeff Jablon.

Sudah semestinya, latihan kapal selam berkuasa nuklear Amerika Syarikat yang dilakukan dalam short notis di rantau Asia Pasifik ini merupakan mesej jelas kepada China serta Russia tentang kemampuan angkatan kapal selamnya di perairan Pasifik ini.

Kapal Selam
Kapal Selam Nuklear Amerika Syarikat.

Antara kapal selam berkuasa nuklear Amerika Syarikat yang terbabit dalam latihan besar-besaran ini adalah USS Columbia, sebuah kapal selam penyerang kelas-Los Angeles yang berpangkalan di Hawaii dan kapal selam kelas-Virginia USS Missouri yang juga berpangkalan di Hawaii.

Tentera Amerika Syarikat dikatakan menempat kira-kira 36 buah kapal selam daripada pelbagai jenis (attack, guided missile dan ballistic missile) di rantau Pasifik.

Dalam latihan Agile Dagger ini, Angkatan Kapal Selam Pasifik negara itu mengerahkan kapal-kapal selam berkuasa nuklearnya yang berpangkalan di Pearl Harbor, Hawaii, Bremerton, Washington dan San Diego ke perairan di Pasifik.

Kerahan yang dilakukan dalam arahan ringkas (short notice) menurut tentera Amerika Syarikat  adalah untuk mendemonstrasi kesediaan dan keberkesanan mereka dalam sesuatu misi.

Ketika di dalam kerahan latihan tersebut, kapal-kapal selam tersebut akan menguji dan validasi kemampuan tindak balas kombat mereka, selain melaksanakan latihan kesediaan kombat dengan mempraktikkan pelbagai kemampuan bawah permukaan mereka untuk membantu pelbagai misi.

Kapal Selam
Gambar Tentera Laut Amerika Syarikat.

Dalam lain perkataan, latihan Agile Dagger 21 menjamin Angkatan Kapal Selam Pasifik Amerika Syarikat untuk misi-misi global.

Antara misi-misi yang mampu dilakukan oleh angkatan kapal selam Pasifik negara kuasa besar itu termasuklah ASW, anti surface ship warfare, land strike with Tomahawk missile, surveillance, intelligence,  special warfare capabilities dan strategic deterrence dengan peluru berpandu ballistik dengan kepala peledak nuklear.

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...