Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Akhirnya, Thailand “Terpaksa” Guna Enjin Buatan China Pada Kapal Selamnya

Dalam kontrak di antara Thailand dan China, Beijing perlu membekalkan dua buah kapal selam yang dilengkapi dengan enjin buatan Jerman, tetapi masalah timbul disebabkan sekatan ketenteraan Kesatuan Eropah (EU) terhadap China menyaksikan sebarang penggunaan alatan atau komponen ketenteraan berasal daripada EU oleh China dilarang sama sekali.

0 6,387

Jom folo Twitter, TelegramFacebook dan download Apps Google Playstore Defence Security Asia.

 

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Akhirnya, Thailand berkemungkinan terpaksa menggunakan enjin buatan China pada kapal-kapal selam kelas-Yuan S26T yang bakal diperolehinya daripada Beijing selepas pengeluar enjin Jerman berkeras enggan membenarkan enjinnya digunakan pada kapal-kapal selam yang dijual China kepada Bangkok itu.

Disebabkan keengganan syarikat MTU daripada Jerman membenarkan enjin dieselnya, MTU 396 digunakan pada pada kapal selam buatan China yang dijual kepada Thailand, maka Beijing terpaksa menggunakan enjin diesel buatan sendirinya, CHD 620.

Masalahnya, enjin diesel buatan China, walaupun telah dinaiktaraf sebagaimana didakwa oleh pengeluarnya, tetapi ia tidak pernah digunakan oleh mana-mana kapal selam buatan China sebelum ini.

S-26T
Kapal selam Kelas Yuan “S26T” yang bakal diperolehi oleh Tentera Laut Thailand daripada China.

 

Di dalam kontrak perjanjian pembelian kapal selam di antara Beijing dan Bangkok sebelum ini, Thailand menghendaki kapal-kapal selamnya itu dilengkapi dengan enjin diesel buatan MTU Jerman atau enjin yang setaraf dengannya serta telah digunakan oleh kapal-kapal selam yang lain.

Nampaknya, China telah melanggar kontrak pembelian kapal selam itu dengan melengkapkan kapal-kapal selam Thailand itu dengan enjin yang tidak pernah digunakan oleh mana-mana kapal selam buatan syarikat China sebelum ini.

Bagaimanapun, Thailand terpaksa juga menerima enjin diesel buatan China untuk dipasang pada kapal-kapal selamnya yang dibeli daripada Beijing itu tetapi telah meletakkan beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh syarikat pembuatan kapal selam China itu.

Kedua-dua buah kapal selam Thailand itu diperbuat oleh syarikat China Shipbuilding and Offshore Internationa Co (CSOC).

Ketua Staff Tentera Laut Thailand Laksamana Thaloengsak Sirisawat sebagaimana dipetik oleh akhbar Bangkok Post berkata tentera laut negara itu akan mengadakan ujian terhadap enjin yang dijanjikan oleh pihak China.

Ujian itu dilaksanakan sehingga 15 Sept ini,katanya.

Kapal Selam
Perdana Menteri Thailand Jeneral Prayut Chan-o-cha beri amaran akan batal perjanjian pembelian kapal selam dari China. (Bangkok Post)

 

“Bagaimanapun sekiranya ujian terhadap enjin diesel itu gagal, maka kontrak pembelian kapal selam itu terpaksa dibatalkan. Bagaimanapun pihak Tentera Laut Thailand tidak mahu sampai ke tahap itu, “menurut jurucakap Tentera Laut Thailand, Laksamana Madya Pokkrong Mothatphalin.

Beliau juga berkata bahawa CSOC akan menggunakan enjin diesel itu pada kapal-kapal selam buatannya selepas ini termasuk kapal selam yang akan dibekalkannya kepada Thailand dan Sri Lanka.

Kedua-dua negara ini bakal menjadi negara pertama yang menggunakan enjin diesel, CHD 620 di dalam kapal-kapal selamnya.

Ditanya sama ada China telah melanggar kontrak kerana membekalkan kapal selam kepada Thailand menggunakan enjin yang tidak pernah digunakan oleh kapal-kapal selam lain, pegawai kanan Tentera Laut Thailand itu berkata, perkara itu akan dibincangkan kemudiaan.

Bagaimanapun Thailand dikatakan enggan memanjangkan perbalahannya dengan China mengenai isu enjin kapal selam itu kerana menyedari ekonomi negara Asia Tenggara itu amat bergantung kepada Beijing yang menjadi antara pelabur utama kepada Thailand.

S-26T
Kapal selam buatan China yang bakal diperolehi oleh Thailand pada 2024.

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Pelancong China juga adalah kumpulan terbesar yang berkunjung ke Thailand sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Diatas sebab itu, Bangkok tidak mahu menganggu-gugat hubungannya dengan China kerana mengetahui bahawa ia amat bergantung kepada Beijing untuk memulihkan ekonominya yang terjejas akibat pandemik COVID-19.  

Mengikut kontrak perjanjian di antara Thailand dan China, Beijing perlu membekalkan dua buah kapal selam yang dilengkapi dengan enjin buatan Jerman, tetapi masalah timbul disebabkan sekatan ketenteraan Kesatuan Eropah (EU) terhadap China menyaksikan sebarang penggunaan alatan atau komponen ketenteraan berasal daripada EU oleh China dilarang sama sekali.

Sebab itulah syarikat CSOC yang sedang membina kapal selam pertama Thailand itu gagal mendapatkan enjin diesel buatan Jerman, sekaligus menyebabkan terjadinya kemelut enjin kapal selam di antara kedua-dua negara ketika ini. — DSA

Comments
Loading...