Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

16 Dari 18 Meriam Bergerak ‘CAESAR” Diguna Tentera Ukraine Rosak

Hanya beberapa bulan selepas digunakan secara intensif oleh tentera Ukraine, 16 daripada 18 meriam bergerak “CAESAR” yang dibekalkan oleh Perancis itu telah mengalami kerosakan yang serius akibat tahap penggunaan (tembakan) yang tinggi.

0 2,892

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Bagi membantu tentera Ukraine berhadapan dengan tentera Russia, Perancis telah membekalkan 18 buah sistem meriam bergerak (self-propelled howitzer) “CAESAR” untuk digunakan oleh tentera negara Eropah Timur itu.

Bagaimanapun beberapa bulan selepas digunakan secara intensif oleh tentera Ukraine, 16 daripada 18 meriam “CAESAR” itu mengalami kerosakan yang serius.

Menurut akhbar Perancis “Le Figaro”, laras meriam (barrels) sistem CAESAR itu mengalami kerosakan akibat kadar penggunaan (tembakan) yang tinggi oleh tentera Ukraine dan memerlukan baikpulih dengan kadar segera.

Pihak Kiev mahukan meriam-meriam itu dibaikpulih dengan segera di Ukraine dan tidak di luar negara itu iaitu Poland sebagaimana yang dikehendaki oleh Perancis.

Alasan utama oleh Ukraine, ia tidak mahu meriam-meriam itu terdedah kepada risiko serangan Russia ketika meriam itu dipindahkan ke Poland untuk proses baikpulih, menurut akhbar Perancis terbabit.

CAESAR
Meriam CAESAR 155mm 52 cal dengan kenderaan 8×8.

 

Selain itu, pihak Kiev juga memberikan alasan bahawa proses baikpulih di luar Ukraine akan mengambil masa yang panjang, menyebabkan tempoh meriam-meriam tidak dapat beraksi di medan akan lebih lama.

Pihak kerajaan Ukraine telah mengadakan perbincangan dengan Perancis bagi mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang menimpa meriam CAESAR itu serta isu-isu bantuan ketenteraan yang lain oleh Paris.

Perancis bercadang membekalkan lebih banyak meriam CAESAR kepada Ukraine, menggunakan meriam-meriam yang dimiliki oleh Tentera Belanda pada ketika ini.

PzH 2000
Sistem meriam bergerak 155mm PzH 2000.

 

Perancis dijangka membenarkan Belanda untuk memindahkan enam buah meriam CAESAR kepada Ukraine bagi digunakan untuk menentang tentera Russia.

Pada ketika ini, Belanda memiliki 19 buah meriam CAESAR dan dijangka menerima empat lagi buah meriam itu pada tahun ini.

Masalah yang menimpa sistem meriam CAESAR turut dialami oleh sistem meriam bergerak PZH2000 buatan Jerman dan meriam M777 buatan Amerika Syarikat yang telah dibekalkan kepada tentera Ukraine.

Leclerc
Kereta kebal utama “Leclerc”

 

Selain itu pihak Ukraine turut meminta Paris supaya membekalkan tenteranya dengan kereta kebal utama “LECLERC”tetapi permintaan itu tidak dilayan oleh Perancis yang mengatakan penyelenggaraan kereta kebal utama itu adalah rumit.

Perancis merupakan antara negara yang aktif membekalkan pelbagai jenis senjata kepada Ukraine daripada sistem meriam bergerak “CAESAR” kepada meriam 155mm TRF1, sistem pertahanan udara “CROTALE”, kereta perisai dan peluru berpandu anti-kereta kebal serta periuk api. — DSA

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

 

Comments
Loading...