Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

CAATSA “Bunuh” Usaha Russia Bangunkan Su-75 “Checkmate”

Menurut penganalisis pertahanan, akibat daripada CAATSA Russia kini tidak lagi mampu untuk mengimport mesin-mesin berteknologi tinggi (precision machining) dan semikonduktor, menyebabkan negara itu tidak mampu membangunkan -- bukan sahaja pesawat itu tetapi prototaip pesawat Su-75 itu.

0 3,840

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Undang-undang Amerika Syarikat, Countering America’s Adversaries Through Sanctions Act [CAATSA] kini adalah “senjata” paling berkesan digunakan oleh Amerika Syarikat untuk “membunuh” industri pertahanan Russia, yang memberikan ia berbilion-bilion dollar dari segi pendapatan kepada negara itu.

Ya, industri pertahanan Russia sedang berhadapan dengan “kematian yang perlahan”.

Antara “mangsa” utama kepada CAATSA adalah pesawat Su-75 “Checkmate”, yang ditonjolkan oleh Russia sebagai pesawat pejuang generasi kelima ber-kos rendah untuk bersaing dengan F-35 yang dibangunkan oleh Amerika Syarikat.

Menurut penganalisis pertahanan, akibat daripada CAATSA Russia kini tidak lagi mampu untuk mengimport mesin-mesin berteknologi tinggi (precision machining) dan semikonduktor, menyebabkan negara itu tidak mampu membangunkan — bukan sahaja pesawat itu malah prototaip pesawat Su-75 itu.

“Setakat ini, Russia hanya menghasilkan mock-up pesawat Su-75.”

Checkmate

Ketiadaan komponen dan peralatan, mikrocip dan semikonduktor telah memaksa Moscow untuk beberapa mengubah perancangan pembangunan untuk pesawat Su-75 yang dijangka bakal menjadi antara produk terlaris bagi industri pertahanan Russia.

Pesawat generasi kelima ber-kos rendah sepatutnya melakukan penerbangan sulungnya pada tahun depan, tetapi disebabkan satu demi satu masalah dihadapinya maka penerbangan sulung Su-75 hanya dijangka dapat dilakukan pada 2024, tetapi tarikh itu juga dipersoalkan.

Pihak Russia menjangkakan pesawat Su-75 “Checkmate” akan mula dihasilkan (serial production) pada 2025, tetapi agensi kerajaan Russia, Rostec menyatakan produksi pesawat tidak akan bermula sekurang-kurangnya sehingga 2027.

Ancaman CAATSA dan pengaruh undang-undang Amerika Syarikat adalah “senjata” yang berkesan dan menakutkan sehinggakan Emiriah Arab Bersatu (UAE) membatalkan cadangannya untuk membiayai pembangunan pesawat Su-75.

Su-75
Su-75 “Checkmate” (kiri) dan Su-57 “Felon” (kanan)

 

Sebagai “balasan” terhadap tindakan UAE membatalkan cadangan pembiayaan pesawat Su-75, Amerika Syarikat “memudahkan” usaha negara Arab Teluk itu memperolehi senjata-senjata canggih sistem pertahanan udara buatan Israel.

Sistem-sistem pertahanan udara buatan Israel itu membantu melindungi UAE daripada ancaman serangan-serangan dron dan peluru berpandu yang mungkin dilakukan oleh Iran terhadap negara Teluk yang kaya-raya itu.

Dalam masa yang sama, Israel pula cuba memujuk Amerika Syarikat supaya membenarkan UAE untuk membeli pesawat F-35.  

Dalam satu majlis taklimat ketika berlangsungnya Dubai Airshow 2021, ketua “ROSTEC”, Viktor Kladov berkata pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan beberapa agensi UAE seperti Tawazun Economic Council, Mubadala dan Edge Group.

Ditanya mengapa Russia memilih UAE, Kladov berkata negara Teluk itu menunjukkan minat yang mendalam terhadap perkembangan teknologi.

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Bukan sahaja CAATSA bakal “membunuh” pembangunan Su-75, tetapi undang-undang Amerika Syarikat itu juga telah “melenyapkan” pasaran eksport pesawat pejuang Su-35 dengan negara-negara seperti Indonesia, Mesir dan Algeria telah membatalkan pembelian pesawat itu pada saat-saat akhir.

Kebimbangan negara-negara terhadap sekatan ekonomi yang bakal dikenakan terhadap mereka oleh Amerika Syarikat menerusi CAATSA nampaknya telah melenyapkan sebarang minat yang ada oleh negara luar terhadap pesawat Su-75.

CAATSA kini adalah senjata paling ampuh digunakan oleh Amerika Syarikat untuk “membunuh” industri pertahanan Russia. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

 

Comments
Loading...