Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Buat Pertama Kali, China Dedah Pesawat Pejuang Generasi Ke-6 Dinamakan “White Emperor”

“White Emperor” merupakan model penuh pesawat penuh canggih yang merupakan sebahagian daripada Project Nantiamen, yang merupakan inisiatif penyelidikan oleh China dan agensi-agensi penyelidikannya untuk meneroka teknologi penerbangan masa depan.

9,201
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Airshow China 2024 di Zhuhai yang bermula semalam (12 Nov) telah menampilkan buat pertama kali model pesawat pejuang generasi ke-6 China yang diberikan nama “White Emperor” atau di dalam bahasa tempatannya “Baidi.”
“White Emperor” merupakan model penuh pesawat penuh canggih yang merupakan sebahagian daripada Project Nantiamen, yang merupakan inisiatif penyelidikan oleh China dan agensi-agensi penyelidikannya untuk meneroka teknologi penerbangan masa depan.
Menurut maklumat yang didapati pada pameran aeroangkasa ulung China itu, “White Emperor” digambarkan sebagai pesawat pejuang angkasa lepas bersepadu yang berkemampuan mencapai kelajuan supersonik dan beroperasi di angkasa lepas.
Jika kemampuan beroperasi di angkasa lepas itu terbukti benar sebagaimana didakwanya, pesawat pejuang angkasa lepas generasi ke-6 China itu menjadikannya pesawat pejuang idaman banyak negara di dunia ini.
Model pesawat pejuang angkasa lepas “White Emperor” itu telah dibangunkan oleh Aviation Industry Corporation of China (AVIC), sebuah konglomerat aeroangkasa dan pertahanan terkenal China.

White Emperor

Walaupun spesifikasi teknikal pesawat pejuang angkasa lepas itu kebanyakkannya masih dirahsiakan, namun di dinyatakan berkemampuan membawa pelbagai sistem persenjataan udara-ke-darat, sekaligus menunjukkan kemampuannya beraksi di medan pertempuran sebenar.  
Papan maklumat yang dipaparkan berhampiran model pesawat itu menyatakan bahawa “Type B pesawat pejuang angkasa lepas White Emperor telah menerima naiktaraf avionik yang komprehensif, meningkatkan kemampuan ergonomik kokpit dan memudahkan prosedur penyelenggaraan yang meningkatkan kemampuan kerahannya dan keberkesanan operasinya.”
Walau apapun, kemunculan “White Emperor” pada Airshow China 2024, hanya beberapa hari selepas sambutan ke-75 tahun Tentera Udara China (People’s Liberation Army Air Force (PLAAF) hanya membuktikan rancangan pemodenan ketenteraan China.
Walaupun rekabentuk pesawat pejuang angkasa lepas China itu adalah amat menarik dan futuristic yang mengingatkan kita kepada pesawat pejuang berkelajuan hypersonik “Darkstar” seperti di dalam filem “Top Gun”, namun bagi penganalisis dan pemerhati mereka masih was-was.
Bagi mereka, kemampuan sebenar dan pembangunan masa depan “White Emperor” itu masih tidak menentu.

White Emperor

Antara spekulasi yang berkeliaran sebaik sahaja “White Emperor” itu didedahkan adalah ia berkemungkinan akan menjadi pesawat prototaip kepada Tentera Udara China, walaupun ia tidak pernah disahkan oleh Beijing.
Walaupun berdepan dengan ketidaktentuan, namun pengenalan pesawat pejuang angkasa lepas “White Emperor” itu menunjukkan satu lagi usaha China untuk menempatkan negara itu sebagai negara no. 1 dalam teknologi aeroangkasa dan ketenteraan.
Kemunculan “White Emperor” sebagai model pesawat pejuang angkasa lepas generasi ke-6 China juga menunjukkan perlumbaan di antara negara-negara utama dunia dalam menghasilkan pesawat kombat generasi ke-6 sedang berjalan dengan sengit.
Di dalam perlumbaaan bernilai berbillion Dollar, Amerika Syarikat telah ke depan apabila ia memperkenalkan pesawat pengebom B-21 Raider pada tahun 2022, sebelum ia melakukan penerbangan sulungnya pada 2023.

White Emperor

China juga sedang membangunkan pesawat pengebom generasi ke-6 yang dinamakan H-20, tetapi Beijing dijangka mengambil masa beberapa tahun lagi sebelum ia mengoperasikannya secara aktif.
Amerika Syarikat juga sedang membangunkan pesawat pejuang generasi ke-6 dinamakan Next Generation Air Dominance (NGAD) manakala United Kingdom dan beberapa rakannya pula sedang membangunkan Global Combat Air Program (GCAP) manakala Jerman-Perancis pula menampilkan Future Combat Air System (FCAS).  — DSA

Comments are closed.