Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Penumpang Keretapi Di China Bergelut Antara “Hidup Dan Mati” Akibat Banjir Besar

Dalam rakaman video itu yang amat tragik itu, penumpang-penumpang keretapi itu kelihatan amat cemas apabila air banjir yang memasuki gerabak keretapi dinaiki mereka itu telah naik dengan cepat sehingga mencecah paras dada dan leher bagi sesetengah penumpang.

0 1,582

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Media-media sosial di China sejak semalam telah memaparkan rakaman video detik-detik cemas dihadapi puluhan penumpang dalam sebuah gerabak keretapi yang terpaksa bertarung antara “hidup dan mati” apabila keretapi  dinaiki mereka dilimpahi air banjir dalam kejadian bencana alam besar yang berlaku di wilayah tengah negara itu beberapa hari lepas.

Dalam rakaman video itu yang amat tragik itu, penumpang-penumpang keretapi itu kelihatan amat cemas apabila air banjir yang memasuki gerabak keretapi dinaiki mereka itu telah naik dengan cepat sehingga mencecah paras dada dan leher bagi sesetengah penumpang.

Terdapat penumpang terpaksa mengangkat anak kecil mereka bagi memastikan kanak-kanak itu tidak lemas.

Media-media sosial di China dihujani dengan ucapan-ucapan sedih daripada penduduk negara itu yang menonton rakaman insiden menyedihkan yang berlaku dalam gerabak keretapi malang itu.

Bencana banjir yang berlaku dalam gerabak keretapi itu berakhir dengan tragik apabila media-media di China yang memetik laporan pihak berkuasa tempatan melaporkan sebanyak 12 orang dilaporkan terkorban dan lima lagi cedera dalam insiden banjir yang berlaku di stesen keretapi di bandar Zhengzhou yang terletak di wilayah Henan.  

 

Menurut media tempatan, kejadian berlaku ketika stesen keretapi itu dalam waktu sibuk dengan penumpang berpusu-pusu menaiki keretapi untuk pulang ke rumah selepas waktu kerja.

“Air banjir masuk menerusi pintu kereta api itu,” menurut seorang penumpang wanita gerabak keretapi itu di dalam salah satu rakaman dalam media sosial itu.

“Tolong saya tidak boleh bercakap lagi,” kata seorang lagi penumpang sebagaimana dipetik oleh media sosial China.

Seorang lagi penumpang berkata, air naik ke paras leher dalam tempoh setengah jam dan kejadian dipercayai berpunca daripada hujan lebat yang melanda wilayah Henan dalam tempoh beberapa hari kebelakangan ini.

Bandar Zhengzhou mempunyai 10 juta orang penduduk.

Banjir

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...